Pages

Wednesday 11 December 2013

OMEGA GUARD sehebat namanya..

Jumpa lagi kita untuk bercerita pasal SHAKLEE...sebelum ini saya agak formal bila menulis...So kali ini...harap-harap lebih santai...hari ini sha ingin berkongsi khasiat OMEGA GUARD.

    Omega Guard adalah suplemen minyak ikan yang terbaik dan berspektrum penuh bagi menjaga kesihatan jantung dan kecerdasan otak. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak Omega 3  termasuk DHA dan EPA,banyakkan?

Apa itu DHA dan EPA?  DHA adalah Asid Dokosaheksanoik dan Asid Eikosapentanoik (EPA) adalah asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. 

Bila kita makan sesuatu supplemen itu, selalu nya kita beranggapan fungsi nya tertumpu untuk satu khasiat sahaja..Namun percayakah anda bahawa OMEGA GUARD dari SHAKLEE berupaya memberikan pelbagai khasiat?...Jom kita baca satu persatu..

☆ Omegaguard adalah selamat untuk pesakit kencing manis

☆ Omegaguard disyorkan untuk pesakit kencing manis dan tekanan darah tinggiz

☆ Omegaguard mempercepatkan sistem imun pada bayi pramatangan 

☆ Kandungan DHA di dalam  Omegaguard memperkayakan lagi khasiat susu ibu

☆ DHA di dalam  Omegaguard membantu perkembangan otak

☆ DHA di dalam  Omegaguard memperbaiki ketajaman penglihatan pada bayi 

☆ Omegaguard meningkatkan IQ pada kanak-kanak

☆ Omegaguard membantu mencegah senggugut

☆ Omegaguard untuk dapat membantu penghidap sakit leher dan sakit belakang

☆ Omegaguard mempercepatkan penyembuhan kecederaan ligamen

☆ Omegaguard membantu  perkembangan kanak-kanak dengan autisme

☆ Omegaguard memberi manfaat kepada pesakit cystic fibrosis

☆ DHA di dalam  Omegaguard membantu mencegah penyakit jantung

☆ Omegaguard mencegah migrain di kalangan remaja

☆ Omegaguard dapat melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan

☆ Omegaguard mencegah salur darah tersumbat serta dapat mengelakkan strok.

☆ Omegaguard membantu mengurangkan ketegangan urat leher serta sakit kepala.

☆ Omegaguard dapat mencegah pembekuan darah dalam badan serta merendahkan kolestrol

☆ Omegaguard membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL serta mengawal masalah obesiti.

☆ Satu kemestian untuk ibu hamil kerana dapat membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin.

☆ Omegaguard dapat meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak serta imunisasi kanak-kanak.

☆ Omegaguard membantu menyihatkan paru-paru (SGT DIPERLUKAN OLEH PESAKIT ASTHMA DAN BRONCHITIST)

☆ Omegaguard juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dan lain-lain.

☆ Omegaguard membantu mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus).

☆ Omegaguard juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang.

☆ Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.

☆ Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan.

☆ Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik.

☆ Memelihara fungsi-fungsi sendi serta mencegah penyakit gout

Hebatkan?....dalam banyak-banyak khasiat, mesti salah satu itu adalah keinginan anda..

Untuk lebih jelas..boleh PM@wassap@SMS@dial no
012-9105984 Pn Shasha
www.facebook.com/Messages/ShashaVitahealth.

Wednesday 4 December 2013

Makan Supplement Pun Ada Tatatertibnya...

1. Protein-

sebaiknya diambil di waktu pagi semasa perutmasih kosong, ini kerana pada waktu pagi metabolisme badan kita adalah tinggi..


2. Alfalfa-
Sekiranya ingin memakan Alfalfa, ianya tidak boleh diambil bersama vitamin E atau GLA.  Ini kerana  Vitamin E akan menghalang penyerapan alfalfa pada tubuh badan kita.


3. Ostematrix-
Untuk keberkesanan terbaik, pengambilan Ostematrix (kalsium) adalah sebelah malam iaitu sebelum tidur


4. Vitamin C-
Sekiranya tubah badan dalam kondisi yang kurang memuaskan seperti deman, selsema atau batuk patahkan 2 dahulu sebelum makan.


5. vita lea
Pengambilan Vita Lea tidak boleh bersama dengan minuman bersusu kerana ianya boleh mengganggu efisiensi penyerapan zat besi(iron)

Seeloknya diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap, tetapi tidak menjadi satu kewajipan, ini kerana Vita Lea itu sendiri sudah mengandungi Vitamin C


6. Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) -
Diambil selepas mengambil makanan berlemak  atau berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

7. Jangan mengambil vitamin dengan minuman berkafein
-mengurangkan efisiensi penyerapan vitamin..
-kalu nak maik minuman berkafein gak..amik 1/2 jam sebelum atau selepas mkn suplemen

Tuesday 26 November 2013

APA ADA DIDALAM MEAL SHAKE SHAKLEE

Meal Shake dari SHAKLEE mampu memberikan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan kulit yang sihat.  Meak Shake adalah multivitamin yang mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dalam bentuk susu yang berperisa vanilla.

Meal Shake ini amat sesuai diminum oleh kanak-kanak,ibu yang hamil atau menyusukan anak, penghidap eczema serta mempunyai Glimik Indek yang rendah.

Ada 6 fakta yang hebat tentang Meal Shake ini...
1. Untuk Pembesaran
 Mengandungi Asid Folik,Biotin,kaya dengan Kalsium dan Magnesium. Dimana ianya amat diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses pembesaran. Amat sesuai diambil oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan ibu yang hamil.

2. Menyediakan 24 jenis Vitamin A-Z,mineral dan 'Trace Mineral.
Tahukah anda kekurangan 'Trace Mineral' akan memberikan kesan kepada penyerapan vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif.  Ia juga mengandungi Soya Lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
Sesuai untuk mereka yang menjaga berat badan dan yang susah hendak menelan pil.

3. Anti Oksida
Mengandungi Vitamin A,C,E,ZINK dan selenium yang merupakan komponen anti oksida dan anti penuaan.
Sesuai untuk mereka yangvmementingkan kecantikkan.

4. Membekalkan Nutrien Kepada Sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk,kuku,rmbut,organ,darah, sel imunisasi serta sebagainya.
Badan lebih sihat,malah protein yang terkandung mampu membantu penghasilan susu badan.

5. Detox
Ianya kaya dengan serat untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon atau perut.
Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa yang sering menghadapi sembelit.

6. Pemulihan Kulit
Ianya lengkap dengan Vitamin B Compkex, Iron,Cooper untuk membentjk sek darah merah yang sihat sekaligus menjngkatkan warna kulit.
Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik

Meal Shake merupakan minuman bernutrisi yang menyediakan hidangan lengkap dan asid amino dan nutrisi nya mudah diserap oleh tubuh badan kita. Ianya diperbuat dari bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayyr-sayuran, kaccang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain.

Meal Shake sangat sesuai untuk kanak-kanak,pelajar,orang dewasa,ubi yang hamil serta menyusu, para atlit,vegetarian, orang yang kurang sihat,terlalu sibuk berkerja dan mereka yang gemar makan makanan segera...

Jom cuba MEALSHAKE ini...
Dial no 012-910 5984 Pn shasha
www.facebook.com/Messages/ShashaVitahealth

Wednesday 13 November 2013

Hebatnya Susu Ibu Bagi Bayi Pramatang

Susu Ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi anda. Kandungan nutriennya lengkap,walaupun bayi yang dilahirkan dikategori "Bayi Pramatang". Susu ibu adalah yang paling sesuai untuk membantu perkembangan bayi anda..

Jom kita kongsi 'KUASA SUSU IBU'

1. Tahukah anda susu ibu dihasilkan mengikut tempoh kandungan? Ini kerana bayi dilahirkan pramatang,kandungan susu ibu berlainan dengan ibu yang melahirkan anak cukup tempoh (37 minggu keatas)

2. Kandungan susu ibu untuk bayi prmatang mrngandungi kalori dan protein yang LEBIH TINGGI,supaya bayi pramatang dapat membesar dengan baik dan segera pulang ke rumah ( terjadi pada diri saya sendiri)

3. Penyusuan boleh dimulakan sebaik sahaja bayi berada dikeadaan bersedia(stabil). Dimana KOLOSTRUM yang telah diperah akan diberikan menggunakan tiub khas atau picagari jika bayi terlampau kecil atau bergantung sepenuhnya dengan oksigen ( sudah melalui pengalaman sebegini)

4. Susu ibu mengandungi perlindungan imun yang dapat menghalang jangkitan kuman yang berbahaya. Oleh sebab itu,bayi pramatang perlu diberikan susu ibu berbanding susu formula.

5. ASID LEMAK penting terkandung dalam susu yang lahir pramatang adalah istimewa. Ia membantu mempercepatkan perkembangan dan kecergasan otak bayi yang lahir tidak cukup bulan.

6. Susu ibu mampu menenangkan bayi pramatang terutama nya apabila melalui pelbagai prosedur perubatan seperti disuntik kerana diambil darahnya atau diberikan antibiotik. Kesakitan itu dapat dikurangkan melalui penyusuan susu ibu.

7. Kandungan LAKTOFERRIN meningkatkan sistem pertahanan daya tahan tubuh bayi pramatang.

8. Kandungan ENZIM dan PROTEIN WHEY yang tinggi dalam susu ibu memudahkan penyerapan dan penghadaman kepada bayi pramatang. Justeru ia memberikan perlindungan daripada NECROTIZING ENTEROCOLITIS (sejenis penyakit usus dan intoleransi penyusuan)

9. Terakhir sekali, sentuhan 'kulit dengan kulit' bagi membentuk ikatan kasih sayang dan membuatkan bayi rasa tenang dan selamat.

Perbandingan  komposisi Ibu pramatang dan bayi kelahiran normal.

PROTEIN 50%-100% lebih tinggi pada 4 minggu hingga 7 minggu pertama.
2. SODIUM 30%-150% lebih tinggi pada 4 minggu hingga 6 minggu pertama
3. KLORIDA 30%-75% lebih tinggi pada 3 minggu hingga 4 minggu pertama
4. POTASSIUM 30%-75% lebih tinggi pada 3 minggu hingga 4 minggu pertama
5. IgA lebih tinggi pada 2 hingga 3 bulan pertama
6. ASID LEMAK 40%-80% lebih tinggi pada 3 bulan pertama.
    POLYUNSATURRATED FA 40%-70% lebih tinggi dalam kolostrum dan susu matang.
7.Enzim dan faktor oertumbuhan sama seperti susu ibu matang.

Saya sebagai ibu yang melahirkan bayi pramatang (36 minggu) dan mempunyai masalah jangkitan paru-paru berpunca dari SAYA sendiri(batuk dan selsema ketika mengandung) mengakui KEAJAIBAN dari ALLAH SWT melalui SUSU IBU yang dapat menyembuh dan memberi kekuatan kepada bayi saya sehingga sembuh... ALHAMDULILAH syukur padamu YA ALLAH....
(sumber pengkongsian ini diperolehi dari majalah PA & MA)

Tuesday 12 November 2013

JOM MAKAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE

Ada yang suka makan bawang putih samada mentah,sudah dimasak atau dijerukkan. Ada juga yang loya tekak bila mejamah bawang putih ini. TETAPI ramai yang tidak tahu BAWANG PUTIH terkenal sebagai ANTIBIOTIK SEMULAJADI yang digunakan turun temurun sejak dari dulu lagi didalam masakan. Bawang Putih juga dapat mengelakkan dari penyakit  berjangkit seperti selsema.

BAWANG PUTIH yang ASLI mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologi yang terdiri dari bahan sulfat untuk melawan bahan anti oksida dan anti kanser.

GARLIC COMPLEX SHAKLEE diperbuat dari bawang putih premium, bebas dari racun dan ianya ditanam secara organik di Carlifornia, USA di musim panas. GARLIC COMPLEX dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Alicik aktif.  Perisa herbanya terhasil dari 2 ekstrak herba iaitu ROSEMARY DAN SPEARMINT.  Mengandungi pelbagai Vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesananya dalam tubuh kita.  2 bijj GARLIC COMPLEX membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar.

KHASIAT UTAMA :-

1. Antibiotik yang semulajadi - meningkat sistem imun, menghalang penyakit berjangkit sepeeti selsema,kulat,kuman,virus dan yis candida.

2. Menghalang elergik - mempertingkatkan penyakit berkait dengan sistem imun seperti hidung sensitif,sinus,alergi ,asma,selsema dan hepatitis.

3. Mengandung Spearmint- meningjat fungsi jantung,sistem penghadaman

4. Membantu sistem penghadaman - mampu mengatasi masalah kembung,gastrik, ketidakhadaman. Menentang Bakteria H, pylori bakteria dan menghalang ulser bakteria.

5. Detok terbaik - ianya mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikan takanan darah. ia juga melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dan menghalang kerosakkan hati dari bahan kimia.

6. Stabilkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2-4 biji akan menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.

7. Mencegah kanser - membantu mengelakkan serta merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser iaitu NITROSAMINE

8. Turunkan kolestrol - membantu menurunkan kolestrol LDL.trigliserid dan kelikatan darah.

9. Stabilkan glukos - membantu stabilkan glukos dalam badan .

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan cara pemakanan nya...
hubungi saya 012- 910 5984 Pn Shasha
www.facebook.com/ Messages/ShashaVitahealth


Sunday 10 November 2013

Ikhtiar Bersama SET KESUBURAN SHAKLEE

Setiap pasangan yang berkahwin,cahayamata adalah kurniaan yang Maha Esa yang paling bernilai.  Tahun pertama berkahwin, merupakan 'Honeymoon Year' bagi pasangan ini,dimana ketika itulah sessi perkenalan yang sebenar.  Tetapi masuk tahun kedua,sudah kedengaran suara disekeliling "Bila Lagi Nak Menimbang Cahaya Mata?". 

Pelbagai usaha telah dilakukan dengan mengurut, berjumpa pakar atau apa sahaja yang dicadangkan semuanya dituruti.  SHAKLEE merupakan syarikat yang komited dalam menghasilkan supplemen yang semulajadi, terbaik dan selamat digunakan, Keprihatinannya dalam membantu pasangan yang inginkan cahayamata. Set Kesuburan Shaklee, merupakan gabungan vitamin yang terbaik untuk mempermudahkan proses persenyawaan dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilan.

SET KESUBURAN WANITA

1. GLA (Gamma Linolenic Acid)

Merupakan supplemen wajib bagi pasangan yang inginkan cahayamata, ianya berfungsi untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita. Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu memperbaiki kedatangan haid yang tidak teratur dan mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex juga membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburanan dimana ianya memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.


2. Vita-Lea (Multivitamin) 

Multivitamin lengkap untuk keperluan badan, dimana ianya mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrient dalam badan berpunca dari pemakanan yang tidak seimbang. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrient yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, ini kerana ianya dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.


3. Vitamin C

Vitamin ini diperlukan oleh tubuh badan kerana ianya berkemampuan  dalam melegakan inflamasi, menentang jangkitan bakteria dan radikal bebas. Ia juga membantu proses sintesis hormon seks dan kesuburan


4. B-Complex

Mengandungi 8 komponen penting Vitamin B termasuk Biotin dan Asid Folik yang diperlukan untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. ianya membantu melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf,kemurungan dan insomnia. Untuk kesuburan ia mampu meredakan senggugut yang sering mengganggu wanita dalam usaha untuk hamil.


SET KESUBURAN LELAKI

1. Vitamin E 

Terkenal sebagai “vitamin seks”. ia mampu memulihkan kemampuan reproduktif lelaki dengan meningkatkan kiraan sperma mereka. ia juga mampu meningkatkan seksual dan tenaga dengan membekaljan oksigen yang lebih.  Dalam pada itu,tambahan SELENIUM dan Vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat serta pelindungan terutamanya motilitas sperma.


2. Zinc Complex

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting.  Pengambilan Zink jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks, impoten, meninggikan kiraan sperma dan memberikan keupayaan seks yang bertenaga.  Kekurangan Zink boleh mengakibatkan kematangan organ seks yang lambat, kepincangan pada testikal, kiraan sperma yang rendah serta kemerosotan fungsi seksual.  Dalam masa yang sama, ia juga melindungi kesihatan prostat.. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

*Seelok-eloknya supplemen ini perlu diamalkan kedua-dua suami isteri. Disamping kita inginkan cahayamata, supplemen ini juga berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh badan masing-masing.

Setelah pelbagai usaha telah dilakukan, mempelbagai langkah telah diambil.  Namun ianya ini haruslah disertakan dengan doa kepada Allah SWT, moga doa yang dititipkan kepadaNYA akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Berminat untuk keterangan lanjut,sila hubungi
012-910 5984 Pn Shasha
www.facebook.com/messages/ShashaVitahealth





Thursday 7 November 2013

Rahsia LECITHIN....

APA ITU LECITHIN?
Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone.
Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
Untuk komersil didapati dari telor, jagung & kacang soya
Fat Emulsifier – Metabolisma lemak
KANDUNGAN 
* Asid linoleik (essential fatty acid) ? amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian.
* Kolin – satu komponen neurotransmitter
* Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
* Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan
KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN 
1. PALING UTAMA – untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
* Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
* Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
* Membantu mengawal paras triglycerides
* Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
* Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK 
* Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
* Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
* Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine ? kerana 30% otak adalah lecithin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

3. UNTUK KAUM TUA 
* Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
* Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

4. UNTUK PENGHADAMAN 
* Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil ‘bile’(jus hempedu) daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
5. UNTUK SEL 
* Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
* Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG) 
* Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
* Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber
HASIL PENYELIDIKAN (R&D) 
* Lecithin daripada soyabean berkesan memecahkan deposit kolesterol
* Lecitin daripada telor boleh tetapi tidak bergitu berkesan
MENGAPA LECITHIN SHAKLEE PILIHAN SAYA?

* Kacang soya – sumber semulajadi yang terpilih.
* Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
* Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
* Kepekatannya.
- 1 kapsul :
* 520 mg lecithin
* 78 mg phosphatidycholine
* 47 mg phosphatidylinositol

PERANAN LECITHIN BUAT IBU MENYUSU 
Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?
* Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
* Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
* Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan.
* Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi.
Maka selamatkah Lecithin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah YA selamat diambil.
* 3 Supplement Asas Untuk Berdiet
  • VITALEA
  • LECITHIN
  • HERB-LAX/ALFALFA

Untuk Bantuan Hubungi Saya Ditalian
012-910 5984 Pn Shasha
www.facebook.com/messages/ShashaVitahealth

Hebatnya ESP


Energizing Soy Protein  Perisa Vanilla
Merupakan satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 asid Amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Dimana ianya membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi

Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

Tumbuhan berprotein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan . Membantu mengekalkan kepejalan otot. Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal (sesuai untuk penghidap kencing manis).Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal

Banyak manfaat ESP pada tubuh badan kita diantaranya :-
  • Awet Muda
  • Untuk Hormon
  • Untuk Prostat
  • Kulit Yang Cantik
  • Pembekal Tenaga
  • Membaiki Pigmentasi
  • Membaiki Memori
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hubungi saya ditalian 012-910 5984 Pn Shasha
www.facebook.com.messages/ShashaVitahealth

Wednesday 6 November 2013

Hebatnya set 3M SHAKLEE




Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikuti tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka. 

Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya.  Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi. 


Ada yang menggemari berpantang secara tradisional dengan memakan jamu dan secara moden memakan supplemen .  Saya sendiri melalui kedua-dua pengalaman itu, anak pertama dan kedua, saya berpantang dengan memakan jamu dan anak yang ketiga saya beralih arah dengan memakan supplemen. SHAKLEE merupakan pilihan yang terbaik untuk diri saya semasa dalam pantang malah saya meneruskan sehingga kini kerana masih menyusukan anak.

Banyak kelebihan vitamin yang terdapat dalam Set Pantang dan Penyusuan ini, yang lebih dikenali sebagai set 3M. Inshaa Allah anda akan merasakan keberkesanannya dalam beberapa hari selepas bersalin,tidak kira ianya secara normal atau caeserian


VITAMIN  C 
 Berupaya meningkatkan sistem imun ibu dan baby, di mana badan ibu dan baby lebih kuat dan sukar dijangkiti penyakit. Jika demam sekalipun, akan cepat sembuh. Sangat penting untuk membentuk kolagen, menganjalkan kulit.

B COMPLEX 
“B for Beauty”. Vitamin ini menjadikan kulit anda berseri dan pada masa yang sama bertindak sebagai pelega stress dan menstabilkan emosi pemakannya.Ianya mengandungi Biotin, yang membezakan B complex Shaklee dengan jenama lain.

VITA LEA
Multivitamin terbaik yang mampu memberi tenaga kepada ibu, mengurangkan masalah cepat letih dan lesu, dan menjadikan ibu segar bertenaga sepanjang hari. Serta memastikan ibu dan bayi dalam keadaan sihat.

ALFALFA
adalah galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural dan alfalfa juga berfungsi utk keintiman wanita.Ianya sangat bagus dalam menyelesaikan banyak masalah wanita termasuk keputihan,”kering” ketika bersama, mampu melawaskan dan juga membuang toksin dalam tubuh, serta membantu mengurangkan eczema (Disarankan makan selepas habis berpantang) 

OSTEOMATRIX 
Juga bertindak sebagai milk booster, dimana ia baik untuk tulang dan gigi ibu dan bayi, serta mampu mengurangkan sakit belakang dan lenguh-lenguh sendi yang dialami oleh ibu.

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) 

Merupakan protein soya yang sangat penting untuk setiap sel badan, bertindak sebagai milk-booster terbaik, mampu mencantikkan kulit, megatasi eczema, menganjalkan payudara yang kendur serta meningkatkan sistem pertahanan badan ibu dan bayi itu sendiri. Ianya juga melangsingkan tubuh ibu dengan cepat dengan diet yang betul.

ZINC COMPLEX

Berfungsi sebagai pengganti IKAN HARUAN yang membantu merawat luka didalam tubuh badan dikala kita bersalin...Dalam masa yang sama, dapat membantu mengurangkan keguguran rambut dikala berpantang.
Untuk Keterangan Lanjut 
PM : 012 - 910 5984 Pn. shasha
FB: www.facebook.com/messages/ShashaVitahealth

Khasiat dan Kelebihan Gla Complex

Assalammualaikum...
Hari ni saya nak kongsikan kebaikan, kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuhMemperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterolUntuk fungsi saraf
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.

Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.

Feel free to call me 012-910 5984
www.facebook.com/messages/ShashaVitahealth


Anda SEMBELIT...Jom cuba HERB LAX

Apa itu SEMBELIT ?

Definisi Sembelit

Sembelit ialah masalah yang dialami ketika membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, dan sakit sewaktu buang air,  atau sukar membuang air besar. Kebiasaanya najis adalah keras,berketul - ketul dan kering. Individu yang menghadapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendir mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.

Punca Sembelit

Seperi sedia maklum, masalah sembelit selalunya berpunca daripada kurangnya minum air. Kuantiti air yang perlu diminum oleh setiap individu dewasa ialah sebanyak 3 liter sehari. Kesan sekiranya kurang meminum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir). 

Faktor lain pula, kurang memakan makanan pelawas seperti sayuran dan buah buahan juga penyumbang kepada masalah sembelit. Pelawas (fiber) adalah bahagian serat pada buah - buahan dan sayur - sayuran yang tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum).

SHAKLEE menawarkan HERB LAX

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.  Ia mengandungi 9 herba semulajadi, alfalfa leaves,senna leaves,anise seed,blue malva flower,buckhorn bark,licorice root,rhubarb root,fennel seed dan culver's root.  Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Manfaat HERB LAX

* Pembersihan najis yang tersekat
* Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat 
  atau tersimpan lama dalam tubuh kita
* Tindakan pembersihanya yang lembut boleh mengembalikansemula proses semulajadi pergerakan 
   usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
* Mengempiskan perut
* Ia membantu dalam mengurangkan atau memnberi kepejalan pada perut. sesuai diambil seperti 
   biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman teh herba.

Kesan sampin HERB LAX

Mereka yang mempunyai sistem pengahadaman yang lemah akan mengalami cirit birit pada peringkat awal pengambilan.  Manakala dalam kondisi normal, HERB LAX menampakkan kesan dalam tempoh 8 - 12 jam selepas pengambilan.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma
012-910 5984 Pn Shasha
FB: www.facebook.com/messages/ShashaVitahealth













KENAPA PERLUKAN MULTIVITAMIN

Pening,nak termuntah atau dah muak menelan vitamin yang banyak, SHAKLEE ada menawarkan Multivitamin Vitalea with Iron formula adalah yang terbaik untuk diri anda.  Bukan sebarangan vitamin, Vitalea Shaklee adalah multivitamin dan mineral pertama yang di cipta di dunia, nama asalnya “Vitalize-Mineral” dan di short formkan menjadi “vita-min” . Inilah sejarah awal kemunculan nama vitamin.
Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang di ekstract daripada sayuran dan buah,12 vitamin dan 7 mineral penting mengikut saranan RDA. Formulasinya sangat komprehensif dan seimbang.
KEBAIKAN MENGAMBIL MULTIVITAMIN
1. Penambahan tenaga segera, mengekalkan kecerdasan tubuh dan kekuatan mental- sangat bagus untuk mereka yang sibuk dan workaholic tetapi sering keletihan dan mahukan tenaga extra.
2.Pelengkap Nutrisi- melengkapkan nutrisi harian kita yang adakalanya sibuk, tak dapat menikmati makanan seimbang. Sangat bagus untuk vegeterian dan anemia.
3. Penting kepada tumbesaran tubuh
4.Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, menggalakkan pertumbuhan sel baru, rambut sihat, kulit & kuku lebih cantik, hormon yang stabil serta menjaga kesihatan tiroid.
5. Melindungi organ dengan memelihara fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
6. Melambatkan proses penuaan
Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
Kalau anda berminat boleh hubungi saya
012-910 5984 Pn Shasha
www.facebook.com/messages/ShashaVitahealth



KEPENTINGAN VITAMIN DALAM TUBUH BADAN

 Cuaca dan faktor umur banyak mempengaruhi kesihatan kulit kita .Kulit yang cantik bukan sahaja bukan penampilan luaran, tetapi kulit merupakan pelindung utama yang melindungi organ-organ dalam tubuh badan kita. Pemakanan yang baik dan sihat sangat penting untuk kulit sihat dan awet muda.

Saya mahu kongsikan vitamin yang menjadi pilihan ramai  untuk mereka yang mahukan kulit sihat berseri, ia juga banyak membantu mereka yang mempunyai masalah jerawat  dan kulit yang tidak sihat.

  • Vitamin B complex : Kulit lebih licin dan bersinar.Ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. apabila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil, stress akan buat kulit lebih berkedut dan nampak tua.
  • Vitamin C : Ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen yang mengukuhkan sel kulit.Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu prosesmetabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat. Pesakit kencing manis sangat memerlukan pengambilan vitamin C yang tinggi kerana kurangnya pengambilan Vitamin C akan menjadikan luka di kulit lambat baik dan ini boleh menyebabkan kulit membusuk akibat serangan bakteria dan virus.
  • Vitamin E: Terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.
  • Protien adalah komponen yang menyumbang kepada ketegangan kulit. Ia sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.
  • Air: Sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah. Minumla air sekurang-kurangnya 3 liter sehari agar kulit sentiasa lembab dan berseri.

Wednesday 30 October 2013

KISAH DIRIKU..



Syukur Alhamdulilah..penantian selama setahun setengah untuk memiliki anak yang ketiga dimakbulkan Allah SWT..Si kakak sudah 11 tahun dan Si abang sudah 7 tahun. Setelah doktor mengesahkan kepada saya, sekiranya saya ingin memiliki anak, hanya boleh seorang sahaja.  Ini kerana rahim saya nipis setelah melalui 2 kali pembedahan.

Seperti biasa bulan ke tiga dan ke empat, hospital adalah rumah kedua saya kerana mengalami mabuk yang teruk, lebih dari 50 botol air yang masuk ke badan saya. Masuk sahaja bulan ke lima saya sudah aktif dan cergas seperti biasa,lasak sampai tak ingat dunia. Sebelum ini saya tidak pernah mengamalkan mana-mana supplemen @vitamin selain yang diperkenalkan oleh doktor sahaja.

Namun bila kandungan mencecah ke 8 bulan, hati ini tergerak untuk mencuba SHAKLEE, bermula dengan ESP (Energizing Soy protein), satu perubahan besar berlaku dalam diri saya..badan terasa segar,bertenaga dan kulit terasa lembab sahaja. Saya merupakan peniaga makan,bayangkan kesibukan diri dalam menguruskan kedai,anak-anak dan diri yang membuyung ini. Alhamdulilah dikurniakan kekuatan yang sungguh luarbiasa untuk menguruskan semua nya..

Sebelum itu, dikala kandungan memcecah 6 bulan  saya telah mengalami premature contraction yang selalunya dialami apabila hendak bersalin, dan apabila kandungan 34 minggu, saya diserang batuk dan selsema yang teruk dan ianya berlarutan selama 36 minggu, doktor telah menetapkan tarikh pembedahan pada kandungan mencecah 37 minggu..

Tarikh 03/04/2013 kandungan 36 minggu, ada temujanji bersama doktor untuk kali yang terakhir sebelum masuk kedewan bedah minggu hadapan nya..Apabila diperiksa, saya sudah mengalami 'contraction' dan kaki terlampau bengkak. Doktor menyarankan saya membuat CTG untuk mengetahui lebih lanjut, tak sampai 5 minit mesin CTG diletakkan ke perut saya, jururawat memaklumkan bahawa saya perlu menjalani pembedahan hari ini jugak kerana 'contraction yang kuat dan rahim yang bocor..

Dalam pukul 7.30 malam, saya ditolak ke dewan bedah dan dikala azan isyak berkumandang, lahirlah putera cinta hati saya dan suami ke dunia. Jururawat meletakkan bayi ke atas  dada saya, namun tak sampai beberapa minit, jururawat terpaksa bawak anak ke nursery dengan keadaan segera. Rupanya dugaan tidak berhenti dikala itu, paru-paru belah kiri tidak kembang sepenuhnya dan paru-paru kanan hanya kembang separuh sahaja, si bayi ditempatkan di NICU dengan menerima bantuan oksigen sepenuhnya, hari ke 3 satu lagi berita menyedihkan, setelah paru-paru anak kembang sepenuhnya, tetapi ada jangkitan di sebelah kanan pulak. Doktor bertanya kepada saya , adakah saya mengalami deman, batuk, selsema atau tidak sihat sepanjang mengandung?  Saya menjawab Ya, saya mengalami batuk dan selsema yang teruk dikala minggu-minggu terakhir..Doktor berkata, jangkitan yang dialami oleh anak saya, adalah berpunca dari saya, bayangkan situasi saya diketika itu..Akibat kecuaian saya yang tidak menjaga kesihatan dengan betul, anak yang masih kecil ini menerima akibat nya.

Saya bina kekuatan diri, berazam yang saya akan menyusukan anak dengan susu yang paling baik didunia iaitu susu IBU.  Saya bawak semua Set Pantang SHAKLEE ke hospital dan mula makan pada hari kedua dengan teratur. Saya menjadi sungguh tenang dan Alhamdulilah apabila saya mengepam susu badan sudah dapat 2oz sekali pam sehinggakan jururawat bertanya banyak sungguh susu akak sedangkan baru hari kedua (anak saya terpaksa diberikan susu melalui tiub). Saya dengan gembira menyatakan saya makan SHAKLEE jadi badan rasa sungguh segar, tenang, bertenaga dan tidak stress. Selama 3 hari di NICU dan 4 hari di nursery dengan jagaan jururawat kerana masih menggunakan oksigen walaupun minimal. Berulang alik ke hospital menjadi rutin saya selama seminggu,ramai yang menegur saya, keadaan diri yang tidak serupa macam orang dalam pantang, dengan muka merah(tidak pucat),jalan pun steady ajer, badan bertenaga. Itulah hasil nya apabila makan supplemen SHAKLEE dan mengikuti pantang larang orang bersalin seperti berurut,mandi herba dan pemakanan yang betul.

Alhamdulilah bersyukur tidak terhingga, anak saya HAIDAR HARIZ sihat sepenuhnya, sudah 7 bulan dengan berat 7.05kg hasil dari penyusuan dan pemakanan yang terbaik. Malah sehingga kini saya masih mengamalkan set pantang SHAKLEE untuk kesihatan diri dan anak yang masih lagi menyusu badan..





 

Disclaimer

All statements in this blog have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Blogroll