Pages

Welcome to Shasha VitaHealth

Saya Shasha, Shaklee Independent Distributor ID 949701 Boleh hubungi saya ditalian 012-910 5984

Tuesday 3 March 2015

Apa kaitan Pump Susu dan Shaklee?

Assalammualaikum dan salam sejatera..
Hai semua.. tengah lepak sambil menyusukan anak yang ke 3 nie..mengimbau kembali kenangan 2 tahun lalu semasa kelahiran si kecik nie..

Dari kandungan 6 bulan, keperluan dibeli secara berperingkat kerana tiada langsung dalam simpanan barang baby... makne taknya..yang sulung dah 11 tahun dan yang ke 2 dah 7 tahun ketika itu...so ibarat 'start all over again' laa kan..

Disaat-saat nak menunggu hari untuk dibedah ( kedua2 anak saya semuanya keluar ikut tingkap)..Alhamdulilah semua kelengkapan dah cukup..sehingga SET BERSALIN SHAKLEE skali, kali ini memang dah pasang niat nak fully breastfeed so bila membaca kepentingan dan manfaat supplemen ini, saya borong set penuh nya (ESP,VITALEA,B COMPLEX, VITAMIN C, ZINC COMPLEX DAN OSTEMATRIX)....excited nyer pasalkan 

TETAPI saya terlepas pandang satu benda yang saya anggap tiada keperluan iaitu 'PUMP SUSU'.. dan ini membuatkan saya ralat sedikit.kenapa saya tulis begini?
03/04/2013  dikala kandungan 36 minggu, adalah hari check up terakhir sebelum dibedah pada minggu hadapannya.. namun semasa saya buat CTG, ada kelainan digraft tersebut yang membuat saya dibedah pada hari itu jugak...

Rupa-rupanya... sikecik mengalami masalah paru-paru...dia tidak mampu bernafas sendiri.. saya sendiri tidak sedar akan masalah anak sehinggalah keesokkan malam nya, saya pelik kenapa anak tidak dihantar untuk menyusu.. saya bertanya dekat suami, anak mane nyer?..barulah suami cakap yang anak kena pakai oksigen, dan duduk di NICU.. pertemuan kali pertama, menitik air mata kerana sedih wayar penuh didada dan mask oksigen lebih besar dari muka nya... tetapi saya dapat kekuatan dan ketenangan dengan berfikir secara positif, anak akan sihat dan kuat..jikalau IBUnya kuat..

Saya terfikir dimana saya dapat ketenangan sedemikian.. itu kekuasaan Allah SWT dan baru teringat,saya mula memakan SET BERPANTANG SHAKLEE keesokkan paginya..dimana setiap supplemen ini memainkan peranan..

a. ENERGIZING SOY PROTEIN - komposisi utama dalam susu ibu adalah protein, memberikan tenaga selepas bersalin, membantu melancarkan pengeluaran susu badan.
b. VITALEA - multivitamin lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral, yang uniknya juga diformulasikan dengan iron yang diperlukan oleh badan selepas bersalin akibat kehilangan darah yang banyak.
c. B COMPLEX - sebagai anti stress, mengelakkan meroyan dan menstabilkan hormon
d. VITAMIN C - sangat penting untuk penyembuhan luka, memperbaiki tisu-tisu yang rosak ketika bersalin dan pembentukan kolagen
e. ZINC COMPLEX-  membantu penyembuhan luka dalaman (jahitan), mengurangkan keguguran rambut semasa berpantang.
f. OSTEMATRIX AKA KALSIUM - amat penting dalam susu ibu, membekalkan kalsium kepada ibu dan secara tidak langsung kepada bayi susuan. Membantu memgelakkan letih, sengal, osteoporosis dan juga membantu melawaskan sistem pembuangan kita.

Hasil pemakanan seawal hari pertama dibedah dan sessi mengepam dimulai pada hari ke 2, ini kerana anak perlu diberi susu melalui tiub khas....maka di hari ke 3 susu badan mulai membasah baju..untuk mengepam perlu ke bilik baby yang terletak di seberang wad..makne nyer saya perlu berjalan untuk kesana..

Takkan setiap kali nak mengepam saya perlu ke sana..dah tak larat coz sekejap ajer dah membengkak..Barulah saya perasan,yang pump susu tiada dalam list awal, ini kerana saya beranggapan ianya boleh dibeli setelah discharge atau ianya tidak berguna langsung..

Rupa-rupanya, pump susu merupakan keperluan utama untuk ibu-ibu semasa berpantang dan apabila baby tiada bersama sepanjang masa .. terpaksalah saya call adik mintak tolong belikan.. ini kerana anak saya ditahan selama seminggu di NICU.. sejak dari itu, saya selalu berpesan kepada bakal ibu supaya letakkan pump susu sebagai keperluan utama kerana kita tidak akan menduga bila ianya akan digunakan..

Tetapi mesti nak tahu jugakkan, bagaimana susu badan saya boleh banyak dalam masa terdekat?
ada beberapa faktor, diantara:-

1.KEKERAPAN MENGEPAM

konsep supply and demand adalah punca utama susu akan bertambah, ini kerana hormon prolaktin yag terhasil ketika itu adalah tinggi..maka makin kerap saya mengepam, lagi keraplah buah dada akan kosong dan makin kuatlah kelanjar menghantar signal untuk menghasilkan susu .

2. PASANG NIAT, BERTENANG, BERDOA DAN BERTAWAKAL

BERNIATLAH sejak awal kandungan yang kita hendak BF anak ...InshaaAllah dipermudahkan. BERTENANGLAH menerima berita-berita diluar jangkaan, kerana ianya boleh menganggu emosi ibu dan anak boleh merasai aura negatif didalam diri ibu. BERDOALAH kepada yang ESA semoga semuanya dipermudahkan dan BERTAWAKALAH setelah semua usaha dilakukan...

3. MENJAGA DIRI KETIKA BERPANTANG

Selain menjaga makanan, minum air banyak, berurut serta bertangas, Saya merasakan bantuan dari SET BERPANTANG SHAKLEE memainkan peranan dalam membantu mengawal emosi, memberi tenaga, mempercepatkan jahitan kering, mencergaskan badan, melawaskan najis dan paling teruja sekali,pengeluaran susu yang tiada hentinya...

Berminat untuk membeli SET BERSALIN/BERPANTANG? ianya bukan sahaja membantu diri anda, baby anda juga akan berkongsi manfaat melalui penyusuan.. tiada lagi keraguiannya kerana ianya dihasil dari pengeluaran Alam Semulajadi yang dikurniakan oleh ALLAH SWT ♡

Nak tahu lebih detail
Whatapp @ call 012-9105984
Pn Shasha
#sayajuakshakleedibangi
#bolehCODatauPOS

Friday 14 November 2014

Ketahui Nutrisi Yang Diperlukan Ketika Mengandung Bersama SHAKLEE

Assalamualaikum  dan salam sejahtera..
Mood hari ini nak berkongsi ilmu kepada bakal Ibu khas dan bakal bapa umunnya..
Bila termeterainya janji dalam ijab dan kabul..hasrat untuk memiliki cahayamata adalah impian kepada setiap pasangan.

Namun tahukah bahawa keperluan utama dalam badan kita adalah bekalan nutrisi yang mencukupi sebelum menimbang cahayamata.?

Usaha untuk menimbang cahayamata memerlukan anda memberikan lebih perhatian kepada apa yang kita makan. Selain dari itu, supplemen diperlukan bagi menampung kekurangan nutrisi yang dibekalkan setiap hari melalui makanan

Jom kita baca bersama dan ketahui apa yang boleh dibantu oleh SHAKLEE.

SEBELUM HAMIL


ASID FOLIK = B Complex
  •  Asid Folik adalah keperluan sangat penting sebaik sahaja memutuskan untuk menerima 'sikecil'. Ia sangat bermanfaat dalam membantu menggelakkan masalah kecacatan tiub nueral pada bayi, yang boleh menyebabkan bayi cacat dibahagian otak dan saraf tunjang.
  • Bagi yang sedang merancang atau bakal menikah, anda perlu meningkatkan pengambilan Asid Folik sebanyak 400mcg sehari,sekurang-kurangnya selaam 3 bulan sebelum hamil.

ZINK = Zinc Complex
  • Zink adalah mineral terbaik untuk merangsang kesuburan dan pembiakan individu

VITAMIN C = Vitamin C Sustained
  • Ingin hamil? kuakan sistem imunisasi anda untuk kekal sihat. Vitamin C membantu anda menguatkan sistem imunisasi. Ianya bertujuan mencegah sebarang jangkitan ketika ingin atau sedang hamil.


SEMASA HAMIL

ASID FOLIK = B Complex
  • Setelah disahkan hamil, anda perlu meneruskan pengambilan Asid Folik sehingga ke minggu 12. Ini kerana dalam tempoh ini, tulang belakang bayi masih dalam proses pembentukkan dan membantu membina DNA bayi.

KALSIUM = OSTEMATRIX
  • Kalsium yang bergabung  bersama Vitamin D dan Magnesium adalah sangat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan tulang bayi. Vitamin D diperlukan untuk membantu penyerapan kalsium.

ZAT BESI & IODIN = VITA LEA

  • Tahukah anda bahawa wanita hamil,kebanyakkanya mengalami masalah anemia kerana kekurangan zat besi. Zat Besi diperlukan semasa kita mengandung untuk keperluan sendiri dan bayi seperti uri.

  • Kekurangan iodin adalah menyebab utama masalah terencat akal dan kerosakan otak bayi dalam kandungan. Pada ibu pula, boleh menjadi penyebab keguguran, kelahiran mati dan lain-lain komplikasi.
VITAMIN C = SUSTAINED RELEASE VITAMIN C 

  • Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengukuhkan sistem imunsasi, bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk bayi juga.

OMEGA = OMEGA GUARD

  • Tahukah anda bahwa Asid Lemak Omega 3 penting untuk bayi seperti perkembangan otak dan saraf bayi. Bakal ibu yang mengamalkan omega 3 sepanjang kehamilan mengurangkan risiko kepada bayi bakal lahir untuk mengalami deman dan selsema pada usia 1 bulan.
DISARANKAN SUPAYA PENGAMBILAN OMEGA GUARD DIHENTIKAN SEKETIKA DIKALA USIA KANDUNGAN 35 MINGGU. 
Inginkan tubuh yang sihat adalah impian semua orang, tambahan lagi sedang mengandung cahayamata yang ditunggu-tunggu. Tidak salah berbelanja ke arah mendatangkan manfaat kepada kdua-dua belah pihak.
Bakal ibu dan bakal bapa perlu anda ketahui, bukan sahaja mempersiapkan diri dari  segi rohani, mental juga haruslah seiring.

Untuk memgetahu supplemen semasa berpantang atau bersalin atau mengetahui lebih lanjut lagi
jangan segan-segan PM/whatapp/call saya ditalian 012-910 5984 Pn Shasha
www.facebook.com/messages/shashavitahealth

Friday 7 November 2014

SHAKLEE BERSAMA VERTIGO

Assalammualaikum dan selamat pagi semua rakan-rakan saya..
Suasana hening di pagi hari menggamit semangat untuk berkongsi berkaitan VERTIGO..
Ini terjadi apabila ibu mertua menggambarkan ciri-ciri VERTIGO...so saya sebagai menantu kesayangannya (hihihi perasan jap) 😊 mencari dan menggali apa itu VERTIGO dan kaedah membantunya..

APA VERTIGO?
VERTIGO ini dimana seseorang akan merasa pening seperti kepala atau sekeliling berputar yang boleh menyebabkan seseorang tidak stabil, jatuh atau pitam.
Pernah tidak anda merasakan anda sedang bergerak atau berpusing-pusing atau merasakan bilik yang bergerak sedangkan anda sedang berdiri atau sedang terbaring?
Tahukah anda VERTIGO boleh disebabkan beberapa masalah berbeza yang membabitkan telinga dan otak?
Dan ada diantaranya tidak serius, manakala ada yang boleh mengancam nyawa.

GEJALA VERTIGO
👉 Anda merasakan ruang atau diri anda berpusing-pusing atau bergoyang.
👉 Anda merasakan hilang keseimbangan. Ianya boleh berlaku dalam sesaat,seminit, sejam atau sehari. Perasaan ketidakseimbangan itu boleh datang dan pergi.
👉 Anda menjadi seorang yang sensitif pada cahaya, bunyi serta merasa sakit kepala.
👉 Anda merasakan penglihatan anda bertindih-tindih
👉 Anda merasakan kesukaran bernafas, berpeluh dan pergerakan jantung yang cepat.
👉 Anda tetiba mempunyai masalah untuk menelan dan bercakap serta merasa lemah.
✋ jangan tunggu lagi, segera dapatkan rawatan dan pengesahan dari doktor pakar iaitu Pakar Telinga, hidung dan tekak (ENT).

PENYEBAB VERTIGO
👉 Masalah Telinga - radangan, jangkitan atau mendapan serta pembentukan kalsium (otolith) di saluran semisirkular yang boleh menyebakan masalah dalam sistem vestibular. Sistem Vestibular ini meliputi telinga dan sistem saraf yang mengawal keseimbangan.
👉 Ada 3 jenis VERTIGO yang disebabkan oleh masalah telinga iaitu 'Benign Paroxysmal Postional Vertigo'aka BPPV, penyakit meniere seperti telinga berdegung, perasaan rasa macam berputar-putar dan radang urat saraf vestibular.
- BPPV  disebabkan oleh pembentukan kalsium dalam telinga yang dipanggil otolith yang termendap dibahagian yang tidak sepatutnya disaluran semisirkular.
- Penyakit Meniere adalah keadaan yang menyebabkan berlaku berulang kali tiga gejala vertigo, kehilangan pendengaran dan bunyi dalam telinga    (tinnitus).
- Radang urat saraf vestibular disebabkan oleh virus yang boleh mengakibatkan kebengkakan atau keradangan sekeliling saraf.
- Vertigo yang berlaku boleh berlanjutan beberapa minit ke beberapa jam. Ia kemungkinan disebabkan oleh pembentukan cecair dalam koklea telinga.
- malah mereka yang diserang Vertigo yang teruk boleh mengakibatkan loya, muntah dan kesukaran berjalan atau berdiri sehinggakan boleh mengalami kurang pendengaran pada sebelah telinga.

PUNCA KEPADA VERTIGO
✔ Kecederaan kepala akibat dari kemalangan,trauma atau selepas pembedahan bahagian kepala yang boleh menjejaskan sistem vestibular.
✔ Kesan dari ubat-ubatan, namun ianya jarang-jarang berlaku.
✔ Migrain dimana ianya dipanggil migrain vestibular.
✔ Strok atau TIA( serangan iskemia sementara),pendarahan dalam otak atau multiple sclerosis.

TANDA-TANDA ANDA PERLUKAN RAWATAN APABILA MENGHADAPI:
✅ pening kepala yang teruk
✅ demam yang tinggi
✅ penglihatan bertindih atau kurang jelas
✅ masalah bercakap atau mendengar
✅ kelemahan kaki dan tangan
✅ ketidakupayaan untuk berjalan
✅ pitam,kebas,sakit dada
✅ muntah tanpa henti.

KECENDERUNGAN PESAKIT VERTIGO
👉 sudah berumur
👉 pernah diserang strok
👉 mempunyai faktor untuk strok           (tekanan darah, kencing manis,merokok)

Tahukah anda bahawa punca keberkesanan sistem saraf dalam melaksanakan tugasan didalam badan memainkan peranan..Namun apabila sistem saraf tidak sihat, adalah penting mencari 'makanan' nutrisi yang boleh membantu mengekalkan dan memperbaiki sistem saraf tersebut.

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU?
✅ B COMPLEX
- B6 yang terkandung didalam B Complex penting untuk membantu dan mengeluarkan antibodi baik. Ianya juga membantu pembinaan protein dalam tubuh. Membantu hati menghasilkan Glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel mati dan memelihara sistem saraf serta berfungsi sebagai anti stress.
✅ VITAMIN C
- bertindak sebagai anti-histamin. Menentang infeksi bakteria serta radikal bebas. Meningkatkan sistem imun dimana membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Ianya juga merupakan anti oksidan yang kuat.
✅ LECITHIN
- Amat diperlukan dalam fungsi saraf dan fungsi otak dengan membekalkan kolina untuk mempertingkatkan daya ingatan,meringankan stres dan menyihatkan sistem saraf.
✅ VITALEA
- adalah multivitamin dan mineral yang mengandungi 30 nutrisi lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan bagi melengkapi kekurangan nutrisi.
VIVIX
- Anti-oksida yang terbaik dihasilkan oleh SHAKLEE yang merangkumi semua keperluan dalam tubuh badan seperti pemulihan fungsi sel,melambatkan pembentukan protin AGE(advanced glycation end product) yang boleh menggangu keutuhan sel. Disamping itu juga, vivix ini menguatkan sistem imun bagi membantu melawan penyakit-penyakit lain. Seperti merendahkan tekanan darah, tahap kolestrol,mengurangkan artritis, anti-inflamasi,mengawal selia insulian atau diabetic dan banyak lagi.

Banyakkan SHAKLEE boleh membantu anda?
Sila jangan ambil mudah sekiranya anda atau yang tersayang mengalami masalah-masalah diatas. Berjumpalah pada yang pakar untuk pengesahan sebelum terlambat.

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi saya SID pilihan anda 😊

Pn Shasha 012-910 5984
www.facebook.com/messages/shashavitahealth

Saturday 20 September 2014

RAMBUT GUGUR DAN SHAKLEE

Assalammualaikum semua rakan blog saya... Jom hari ini kita kongsi bersama rawatan untuk rambut gugur bersama SHAKLEE 💖

Tidak mustahil jika sesiapa mengalami masalah keguguran rambut setiap hari, baik kanak-kanak, orang muda atau tua, lelaki dan perempuan.

Namun tahukah anda, ketumbuhan rambut ada peraturannya dan sehelai rambut hanya memanjang 1 sentimeter (sm) sebulan. 90% ketumbuhan rambut dikepala dan hanya 10% mampu sahaja yang bertahan selama beberapa bulan sebelum ianya gugur dan rambut baru tumbuh

MENYEBAB RAMBUT GUGUR
Ada pelbagai sebab keguguran rambut secara ketara boleh berlaku :-

👉 Keguguran rambut secara tiba-tiba selepas dua atau tiga bulan sembuh daripada penyakit yang berpunca dari tekanan penyakit iu sendiri.

👉 Tekanan hormon juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

👉 Pundi tiroid yang aktif atau kurang aktif, keguguran rambut boleh berlaku.

👉Hormon testosterone yang tidak seimbang.

👉 Pergolakan hormon wanita berlaku seperti putaran haid tidak menentu atau selepas kehamilan atau ketika masuk dalam peringkat menopaus.

👉Kesan pemakanan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan keguguran rambut seperti ubat mencairkan darah, ubat untuk penyakit gout dan tekanan darah tinggi, pil merancang keluarga dan ubat ‘antidepressant’

👉Sesetengah penyakit kronik seperti psoriasis dan kencing manis.

👉Penyakit kulat pada kulit kepala juga boleh menyebabkan masalah ini.

👉 Pemakanan dan persekitaran pun memainkan peranan menjurus kepada keguguran rambut.

👉 Penggunaan syampu rambut yang tidak bersesuaian juga menjadi salah satu sebab..

👉 Kekurangan supplemen bagi menyokong kekuatan akar rambut.

Jom kita intai, apa yang SHAKLEE boleh bantu kita 👀....

💚 E Soy Protein
ESP dari SHAKLEE ini menyediakan 9 Asid Amino penting yang tidak dapat dihasilkannoleh tubuh badan kita sendiri. Dimana Asid Amino ini berfungsi diantaranya menguatkan rambut. Manakala kandungan protin didalam ESP adalah komponen utama kepada hormon manusia. Kekurangan protin boleh mengakibatkan perubahan warna rambut.

💚B Complex
B Complex SHAKLEE ini mengandungi kesemua 8 Vitamin iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin. Dimana salah satu manfaatnya membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

💚 Zinc Complex
Zinc Complex SHAKLEE adalah gabungan kalsium dan serbuk Alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserapkan oleh tubub badan kita. Ianya mengaktifkan 200 jenis enzim yang mampu merangsang regenerasi sel dan salah satunya membantu mengurangkan keguguran rambut.

💚 Vitamin C 500mg
Vitamin C 500mg ini membantu memperbaiki simptom pendarahan, membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala.

💚 Gla Complex
Gla Complex SHAKLEE yang diekstrak dari BORAGE yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam Evening Primrose Oil (EPO) dan ia adalah sumber terbaik Omega 6. Dimana Gla Complex mengimbangi hormon dengan memperbaiki tekstur rambut dan mengurangkan rambut gugur.

💚 Prosante Hair Care
Produk Prosante Hair Care ini menyediakan Scalp Health Complex yang mengandungi ramuan 10 vitamin,mineral dan herba yang menyokong kesihatan kulit kepala secara optimun.
👉 Nourishing Scalp Treatment
Untuk memyokong kesihatan kulit kepala, Nourishing Scalp Treatment ini membantu dalam :-
1. Memberi tenaga kepada folikel rambut. Ginseng merangsanh peredaran daraj dan membekalkan tenaga untuk bebuli rambut.
2. Panthenol menguatkan rambut
3. Melindungi secara semulajadi dari folikel tersumbat.
4. Mengurangkan penampilan rambut nampak berminyak.
5. Melegakan iritasi.

Banyakkan pilihan yang kita ada sekiranya inginkan kebaikkan dan kepuasan dalam berbelanja..

Inginkan penerangan lebih lanjut?
Ingin supplemen mengikut bajet anda?
Boleh hubungi SID Pn Shasha
012-910 5984
www.facebook.com/messages/ShashaVitahealth


Sunday 20 July 2014

CERVICAL ARTHRITIS FACET

Assalammualaikum semua... lama sungguh tiada coretan di blog saya ini. Kekangan masa membataskan saya, namun itu bukan lah alasan yang sepatutnya. Bak kata pepatah nak seribu daya, taknak sejuta dalih. hihihi

Hari ini saya ingin berkongsi tentang penyakit "Cervical Arthiritis Facet' atau lebih dikenali sebagai Sakit Sendi Tengkuk. Penyakit sendi facet pada leher biasanya akan memberi rasa sakit  pada otot bahu, leher serta  belikat dan juga pening dari belakang naik ke ubun kepala.Tapi penyakit ini juga boleh memberi gejala yang lebih teruk dari itu, iaitu gejala kabur mata, berdengung telinga dan juga rasa hanyut dan mudah pitam. Kebanyakkan pesakit telah tersalah diagnos menyebabkan kegagalan dalam rawatan mereka.

Gejala sindrom myofascia otot leher 
dalam arthritis sendi  facet leher (cervical).

Biasanya penyakit arthritis sendi facet leher akan member gejala yang klasik seperti berikut;

1.    Sakit sendi facet tengkok, biasanya akan lebih sakit bila kepala di dongak kebelakang 
    atas sambil leher dipusingkan kesisi.Sakit sendi facet akan dirasakan pada sisi yang sama.

2.   Sakit  pada otot bahu, leher serta  belikat.Ini merupakan gejala sampingan yang klasik           disebabkan oleh keadaan otot yang kejang dan sakit berpanjangan.Ini dikenali sebagai            sindrom myofscia(myofascial pain syndrome).Sakit akan lebih terasa jika otot ini dipicit          dan sakit boleh menjalar turun kelengan atau jari.

3.  Pening dari belakang naik keubun kepala.Kadang-kadang merayap hingga kemata atau          kedahi.
Sakit pada otot leher sternomastoid boleh mimic 
gejala klinikal telinga dan mata


Ada juga pesakit memberi gejala sendawa yang keterlaluan terutamanya bila otot pada leher dan belikat dipicit. Bila pesakit rasa pening berserta hanyut, kabur mata dan telinga  berdesing disamping sakit pada leher dan bahu,aktiviti harian mereka terjejas teruk. Oleh yang demikian segeralah mendapatkan rawatan dari mereka yang pakar supaya tidak tersalah diagosis nanti. 


Disamping kita menerima rawatan doktor, SHAKLEE ada menyediakan beberapa supplemen bagi membantu merawat penyakit yang berkaitan arthiritis ini, diantaranya ialah :-

  1. Joint Health Complex - Ianya memperbaiki keselesaan sendi dan anti inflamasi
  2. Ostematrix - Ianya menghalang kepupusan tulang
  3. Omega Guard - Ianya mengawal sakit dan inflamasi serta memelihara fungsi sendi      
  4. B Complex - Ianya menghalang kerosakan saraf serta mengurangkan sakit
  5. Alfalfa - Ianya melegakan sakit arthiritis dan kesakitan
Ingin tahu lebih lanjut serta produk lain berkaitan dengan pemasalahan tulang anda.

Hubungi saya di talian 012 - 9105984 Pn Shasha
www.facebook.com/Messages/ShashaVitahealth



 https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e207f16c28033acac2cecccf3d36409e

Friday 14 March 2014

Tingkatkan Susu Badan Dengan 'POWER PUMPING' dan Set SHAKLEE

Assalammualaikum semua rakan blogger...Hari ini saya suka nak bertulis berkaitan SUSU BADAN MERUDUM dan KAEDAH TINGKATKAN KEMBALI...

Hati si ibu mula risau apabila, tetiba susu badan semakin sedikit hari demi hari.. Saya sendiri sudah mengalami apabila sibongsu berumur 5 bulan..hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu perasaan ini. Namun sudah ditekadkan dalam hati ingin teruskan menyusuan saya mencari maklumat-maklumat penting berkaitan  penyusuan dan terus memakan supplemen SHAKLEE..

Alhamdulilah usaha saya berhasil apabila saya mengamalkan 'POWER PUMPING'..Ingin tahu lebih lanjut?.. Jom baca hingga ke akhir .. 

Kaedah POWER PUMPING  merupakan teknik mengepam dengan cara yang unik daripada kelazimannya.. Idea asalnya kaedah ini ialah meniru corak penyusuan bayi yang secara tidak disedari dapat membantu meningkatkan penghasilan susu badan. Memandai dengan SEKALI SEHARI, namun sekiranya ada masa yang terluang, boleh dilakukan berulang kali.. Waktu yang paling sesuai adalah tengah malam bawa ke pagi sebelum subuh (12 tengah malam - 5 pagi).  Ini kerana, pada waktu itu HORMON PROLAKTIN adalah sangat tinggi. Namun ingin diingatkan bahawa, kemungkinan pengeluaran susu pada peringkat awal adalah sedikit sahaja, tidak perlu risau, teruskan usaha anda hingga ianya berjaya (saya sudah berjaya).. Paling lama adalah seminggu ke dua minggu. 

TEKNIK POWER PUMPING

  • PAM TUNGGAL
Pam dulu payudara  KANAN  selama 10 minit dan beralih ke payudara KIRI selama 10 minit dan rehat sekejap. selepas itu, amalkan rutin tadi bermula dibelah kanan dan beralih kekiri serta rehat secara berteusan selama satu jam.

  • PAM BERGANDA
Pam di kedua-dua belah payudara secara serentak selama 10 minit dan kemudian rehat selama 10 minit. Amalkan juga rutin ini secara berterusan selama satu jam.

TIP-TIP TAMBAHAN YANG PERLU ANDA KETAHUI
  1. Tempatkan pam payudara dilokasi yang bersesuaian dirumah, agar dapat melakukan kaedah ini dengan keadaan tenang.
  2. Anda tidak perlu menyejukkan susu diantara sesi mengepam atau mencuci corong pam setiap kali berhenti rehat, malah boleh meneruskan mengapam dengan botol susu yang sama.
  3. Sekiranya boleh, dapatkan rehat yang cukup disebelah siang atau tidur seketika waktu tengahari bagi membolehkan anda berjaga ditengah malam.
  4. Bagi golongan muslim, sebelum memulakan kaedah power pumping ini, bolehlah menunaikan solat sunat terlebih dahulu.
  5. letakkan selimut mahupun gambar bayi anda ataupun anda melakukan kaedah ini berdekatan dengan anak anda supaya membantu merangsang penghasilan susu yang lebih banyak.
 SIAPA YANG MEMERLUKAN POWER PUMPING
  1. Ibu yang memasang impian untuk menyusukan anak angkat
  2. Ibu yang mahu menyusukan anak semula setelah beberapa ketika berhenti menyusu (relaktasi)
  3. Ibu yang kekurangan susu akibat dari perubahan hormon atau kesan daru kurang mengepam.
Hebatkan POWER PUMPING nie dalam membantu para-para ibu dalam penyusuan secara esklusif... Pasangkan niat dari awal kehamilan untuk memberikan yang terbaik untuk bayi kita.. InshaaAllah ALLAH SWT akan mempermudahkan..

Dalam pada itu, supplemen SHAKLEE banyak membantu dalam merealisasikan impian ibu-ibu di luar sana...diantara supplemennya ialah 

VITAMIN  C 
 Berupaya meningkatkan sistem imun ibu dan baby, di mana badan ibu dan baby lebih kuat dan sukar dijangkiti penyakit. Jika demam sekalipun, akan cepat sembuh. Sangat penting untuk membentuk kolagen, menganjalkan kulit.

B COMPLEX 
“B for Beauty”. Vitamin ini menjadikan kulit anda berseri dan pada masa yang sama bertindak sebagai pelega stress dan menstabilkan emosi pemakannya.Ianya mengandungi Biotin, yang membezakan B complex Shaklee dengan jenama lain.

VITA LEA
Multivitamin terbaik yang mampu memberi tenaga kepada ibu, mengurangkan masalah cepat letih dan lesu, dan menjadikan ibu segar bertenaga sepanjang hari. Serta memastikan ibu dan bayi dalam keadaan sihat.

ALFALFA
adalah galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural dan alfalfa juga berfungsi utk keintiman wanita.Ianya sangat bagus dalam menyelesaikan banyak masalah wanita termasuk keputihan,”kering” ketika bersama, mampu melawaskan dan juga membuang toksin dalam tubuh, serta membantu mengurangkan eczema (Disarankan makan selepas habis berpantang) 

OSTEOMATRIX 
Juga bertindak sebagai milk booster, dimana ia baik untuk tulang dan gigi ibu dan bayi, serta mampu mengurangkan sakit belakang dan lenguh-lenguh sendi yang dialami oleh ibu.

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) 

Merupakan protein soya yang sangat penting untuk setiap sel badan, bertindak sebagai milk-booster terbaik, mampu mencantikkan kulit, megatasi eczema, menganjalkan payudara yang kendur serta meningkatkan sistem pertahanan badan ibu dan bayi itu sendiri. Ianya juga melangsingkan tubuh ibu dengan cepat dengan diet yang sihat.
Hebatkan set penyusuan SHAKLEE nie..pada mereka yang sudah mencuba,tahu akan keberkesanannya...pada mereka yang belum mencuba..jadikan nya satu keperluan dalam menjayakan konsep penyusuan esklusif sehingga bayi 6 bulan dan yang terbaik sehingga kanak-kanak 2 tahun..
Boleh telefon untuk keterangan lanjut
012-9105984 Pn Shasha
www.facebook.com/messages/shashavitahealth

Friday 28 February 2014

KENAPA PILIH SHAKLEE UNTUK KENCING MANIS

Diabetic melitus datangnya dari bahasa Greek, dimana Diabetic bermakna 'melalui'.  Ini kerana pengencingan yang kerap merupakan gejala utama penyakit ini. Manakala Melitus datangnya dari latin yang bermaksud 'madu', yang merujuk kepada gula yang muncul dalam air kencing.
Diabetic melitus ialah gangguan pada kefungsian badan untuk menggunakan gula atau glukosa.Iaitu bahan bakar asas bagi badan.
Diabetic ini terbahagi kepada 2 iaitu:'
Diabetic juvana - seringkali terjadi pada kanak-kanak atau bayi. Ia juga dikenali sebagai melitus bergantung insulin, kerana seseorang yang bergantung kepada insulin terpaksa mengambil insulin setiap hari.
Diabetic permulaan dewasa - kerana ianya paling kerap berlaku pada pertengahan umur. Ianya juga dikenali  diabetic tidak bergantung insulin kerana jenis ini bukan kerana kekurangan pengeluaran insulin tetapi kerana ketidakupayaan badan menggunakannya secara berkesan.

BAGAIMANA INSULIN BERFUNGSI?
✅ Berfungsi dalam mekanisme gula (karbohidrat) badan kita.
✅ Hormon diperbuat dalam pankreas ataupun dipanggil "Pepulau Langerhans"
✅ Didalam pepulau ini mengandungi sel-sel khusus dikenali sebagai sel-sel beta.
✅ Hormon insulin dari pankreas adalah penting untuk glukosa memasuki sel-sel.
✅ Insulin merupakan satu-satunya hormon dalam badan kita yang mempunyai fungsi ini
✅ seluruh sistem berfungsi apabila gula darah meningkat selepas memakan sarapan,satu isyarat akan dihantar ke pankreas untuk melepaskan insulin. Insulin kemudian menggerakkan glukosa dari darah ke dalam sel-sel untuk pengeluaran tenaga. Namun apabila gula darah menurun, insulin menutipnya sehingga diperlukan kembali.

PETANDA-PETANDA DIABETIC
👉 Kerap membuang air kecil
👉 Dahaga yang berlebihan
👉 Kehilangan atau penambahanberat badan
👉 Mengalami sakit pinggang yang melampau
👉 Mempunyai latar belakang genetik penyakit kencing manis

KOMPLIKASI JANGKA PANJANG PESAKIT DIABETIC
✔ Serangan jantung- akan merosakkan saluran darah melalui penimbunan plak yang menyebabkan arteri-arteri yang menghubungi jantung menjadi makin sempit.
✔ Masalah mata-saluran darah kecil kw retina boleh rosak dan mengakibatka  kehilangan penglihatan atau buta.
✔ Masalah neurologi-menyebabkan fungsi saraf terjejas seperti berdenyut-denyut, kebas, sakit atau kepanasan.
✔ Tekanan darah tinggi-adalah rakan baik kerana penyempitan saluran darah berlaku.
✔ Masalah buah pinggang-boleh berlaku sekiranya diserang penyakit ini dikala awal usia dan kegagalan mengawal tahap diabetic akan menghadapi masalah buah pinggang tanbahan pergantungan dengan suntikan insulin sedikit sebanyak mengalaminya.
✔ Jangkitan-lebih mudah dijangkit pelbagai jangkitan, ini kerana pesakit diabetic ini mengalami penurunan sistem imun. Sebagai contoh, pesakit diabetic yang dijangkiti TIBI, mereka akan menjalani rawatan selama 9 bulan berbanding rawatan sebenarnya hanya 6 bulan sahaja.

NAK TAHU APA YANG BOLEH SHAKLEE BANTU?
😊 ESP (Energizing Soy Protein)
- Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, menjadikan ianya sangat sesuai kepada pesakit diabetic. Ini kerana G.I yang rendah akan menyebabkan kenaikan yang mantap dalam glukosa darah.
😊 OMEGA GUARD
- EPA dan DHA yang terkandung dalam Omega Guard telah membuktikan meninggalkan kesan baik ke atas sistem vaskular selagi ia ada kaitan dengan masalah diabetic. Dari sistem vaskular,pesakit diabetic berpotensi mempunyai masalah seperti kolestrol, penyakit jantung serta tekanan darah tinggi.
😊 GLA (gamma linolenic acid)
- menghalang komplikasi diabetic dengan merendahkan gula darah dengan mempengaruhi saraf dan membantu pembekalan darah. Meringakan kebas disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
😊 VITAMIN E
- tahukah anda bahawa keberkesanan Vitamin E dalam badan merupakan satu keajaiban. Untuk pesakit diabetic Vitamin E memberikan manfaat dalam meningkatkan bekalan darah ke tisu-tisu dengan itu mengurangkan gangren diabetic dan mengelakkan pemotongan kaki. Dalam masa yang sama ia mengurangkan kebergantungan terhadap insulin sebanyak 30%.
😊 VITAMIN C
- Vitamin C amat penting kerana memainkan peranan yang besar dalam bidang kesihatan. Vitamin C ini juga merangsang sistem imun agar menjadi lebih agresif dan ianya penting pada pesakit diabetic kerana risiko jangkitan adalah tinggi.
😊 B COMPLEKS
- Tahukah anda B Complex merupakan vitamin penting untuk pesakit diabetic, dimana ia berhubungkait dengan metabolisme gula dan pelepasan tenaga. Pesakit Diabetic memerlukan lebih banyak B6 untuk metabolisma normal bagi sejenis asid amino yang dipanggil 'triptofan' untuk menjadikan diabetic bertambah baik.
😊 ZINC COMPLEX
- Zinc ialah sejenis mineral yang paling bernilai untuk pesakit diabetic, dimana insulin yang mengandungi banyak zinc banyak membantu. Ini kerana pesakit diabetic mengandungi hanya separuh zinc tersimpan didalam pankreas berbanding yang sihat. Zinc membantu penyembuhan luka, ini kerana pesakit diabetic selalu mengalami ulcer kulit. Zinc juga memainkan peranan dalam merangsang sistem imun. Tahukan anda bahawa pesakit diabetic memerlukan sistem imun bercekapan tinggi setiap masa?
😊 VIVIX
- kandungan purple carrot yang mengandungi 'anthocyanins' sebagai anti oksida yang tertinggi. Asid klorogenik yang terdapat dalam purple carrot ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetic. Elderberry yang mengandungi Vitamin A,B dan C dan nutrien asid, amino acid,carotenoid,tannin dan rutin yang bermanfaat dalam menguatkan sistem imun dalam menentang dan mengawal diabetic.

Hebatkan SHAKLEE? banyak pilihan yang boleh kita pilih berdasarkan bajet..
Jadi kenapa perlu tunggu dan berfikir lama-lama..pilihan ditangan anda.

Perlukan bantuan? Pilihlah saya sebagai SID pilihan dengan menelefon ditalian
012-9105984 Pn Shasha
www.facebook.com/messages/shashavitahealth

 

Disclaimer

All statements in this blog have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Blogroll