Pages

Wednesday 6 November 2013

KEPENTINGAN VITAMIN DALAM TUBUH BADAN

 Cuaca dan faktor umur banyak mempengaruhi kesihatan kulit kita .Kulit yang cantik bukan sahaja bukan penampilan luaran, tetapi kulit merupakan pelindung utama yang melindungi organ-organ dalam tubuh badan kita. Pemakanan yang baik dan sihat sangat penting untuk kulit sihat dan awet muda.

Saya mahu kongsikan vitamin yang menjadi pilihan ramai  untuk mereka yang mahukan kulit sihat berseri, ia juga banyak membantu mereka yang mempunyai masalah jerawat  dan kulit yang tidak sihat.

  • Vitamin B complex : Kulit lebih licin dan bersinar.Ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. apabila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil, stress akan buat kulit lebih berkedut dan nampak tua.
  • Vitamin C : Ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen yang mengukuhkan sel kulit.Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu prosesmetabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat. Pesakit kencing manis sangat memerlukan pengambilan vitamin C yang tinggi kerana kurangnya pengambilan Vitamin C akan menjadikan luka di kulit lambat baik dan ini boleh menyebabkan kulit membusuk akibat serangan bakteria dan virus.
  • Vitamin E: Terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.
  • Protien adalah komponen yang menyumbang kepada ketegangan kulit. Ia sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.
  • Air: Sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah. Minumla air sekurang-kurangnya 3 liter sehari agar kulit sentiasa lembab dan berseri.

No comments:

Post a Comment

 

Disclaimer

All statements in this blog have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Blogroll