Pages

Friday 7 November 2014

SHAKLEE BERSAMA VERTIGO

Assalammualaikum dan selamat pagi semua rakan-rakan saya..
Suasana hening di pagi hari menggamit semangat untuk berkongsi berkaitan VERTIGO..
Ini terjadi apabila ibu mertua menggambarkan ciri-ciri VERTIGO...so saya sebagai menantu kesayangannya (hihihi perasan jap) 😊 mencari dan menggali apa itu VERTIGO dan kaedah membantunya..

APA VERTIGO?
VERTIGO ini dimana seseorang akan merasa pening seperti kepala atau sekeliling berputar yang boleh menyebabkan seseorang tidak stabil, jatuh atau pitam.
Pernah tidak anda merasakan anda sedang bergerak atau berpusing-pusing atau merasakan bilik yang bergerak sedangkan anda sedang berdiri atau sedang terbaring?
Tahukah anda VERTIGO boleh disebabkan beberapa masalah berbeza yang membabitkan telinga dan otak?
Dan ada diantaranya tidak serius, manakala ada yang boleh mengancam nyawa.

GEJALA VERTIGO
👉 Anda merasakan ruang atau diri anda berpusing-pusing atau bergoyang.
👉 Anda merasakan hilang keseimbangan. Ianya boleh berlaku dalam sesaat,seminit, sejam atau sehari. Perasaan ketidakseimbangan itu boleh datang dan pergi.
👉 Anda menjadi seorang yang sensitif pada cahaya, bunyi serta merasa sakit kepala.
👉 Anda merasakan penglihatan anda bertindih-tindih
👉 Anda merasakan kesukaran bernafas, berpeluh dan pergerakan jantung yang cepat.
👉 Anda tetiba mempunyai masalah untuk menelan dan bercakap serta merasa lemah.
✋ jangan tunggu lagi, segera dapatkan rawatan dan pengesahan dari doktor pakar iaitu Pakar Telinga, hidung dan tekak (ENT).

PENYEBAB VERTIGO
👉 Masalah Telinga - radangan, jangkitan atau mendapan serta pembentukan kalsium (otolith) di saluran semisirkular yang boleh menyebakan masalah dalam sistem vestibular. Sistem Vestibular ini meliputi telinga dan sistem saraf yang mengawal keseimbangan.
👉 Ada 3 jenis VERTIGO yang disebabkan oleh masalah telinga iaitu 'Benign Paroxysmal Postional Vertigo'aka BPPV, penyakit meniere seperti telinga berdegung, perasaan rasa macam berputar-putar dan radang urat saraf vestibular.
- BPPV  disebabkan oleh pembentukan kalsium dalam telinga yang dipanggil otolith yang termendap dibahagian yang tidak sepatutnya disaluran semisirkular.
- Penyakit Meniere adalah keadaan yang menyebabkan berlaku berulang kali tiga gejala vertigo, kehilangan pendengaran dan bunyi dalam telinga    (tinnitus).
- Radang urat saraf vestibular disebabkan oleh virus yang boleh mengakibatkan kebengkakan atau keradangan sekeliling saraf.
- Vertigo yang berlaku boleh berlanjutan beberapa minit ke beberapa jam. Ia kemungkinan disebabkan oleh pembentukan cecair dalam koklea telinga.
- malah mereka yang diserang Vertigo yang teruk boleh mengakibatkan loya, muntah dan kesukaran berjalan atau berdiri sehinggakan boleh mengalami kurang pendengaran pada sebelah telinga.

PUNCA KEPADA VERTIGO
✔ Kecederaan kepala akibat dari kemalangan,trauma atau selepas pembedahan bahagian kepala yang boleh menjejaskan sistem vestibular.
✔ Kesan dari ubat-ubatan, namun ianya jarang-jarang berlaku.
✔ Migrain dimana ianya dipanggil migrain vestibular.
✔ Strok atau TIA( serangan iskemia sementara),pendarahan dalam otak atau multiple sclerosis.

TANDA-TANDA ANDA PERLUKAN RAWATAN APABILA MENGHADAPI:
✅ pening kepala yang teruk
✅ demam yang tinggi
✅ penglihatan bertindih atau kurang jelas
✅ masalah bercakap atau mendengar
✅ kelemahan kaki dan tangan
✅ ketidakupayaan untuk berjalan
✅ pitam,kebas,sakit dada
✅ muntah tanpa henti.

KECENDERUNGAN PESAKIT VERTIGO
👉 sudah berumur
👉 pernah diserang strok
👉 mempunyai faktor untuk strok           (tekanan darah, kencing manis,merokok)

Tahukah anda bahawa punca keberkesanan sistem saraf dalam melaksanakan tugasan didalam badan memainkan peranan..Namun apabila sistem saraf tidak sihat, adalah penting mencari 'makanan' nutrisi yang boleh membantu mengekalkan dan memperbaiki sistem saraf tersebut.

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU?
✅ B COMPLEX
- B6 yang terkandung didalam B Complex penting untuk membantu dan mengeluarkan antibodi baik. Ianya juga membantu pembinaan protein dalam tubuh. Membantu hati menghasilkan Glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel mati dan memelihara sistem saraf serta berfungsi sebagai anti stress.
✅ VITAMIN C
- bertindak sebagai anti-histamin. Menentang infeksi bakteria serta radikal bebas. Meningkatkan sistem imun dimana membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Ianya juga merupakan anti oksidan yang kuat.
✅ LECITHIN
- Amat diperlukan dalam fungsi saraf dan fungsi otak dengan membekalkan kolina untuk mempertingkatkan daya ingatan,meringankan stres dan menyihatkan sistem saraf.
✅ VITALEA
- adalah multivitamin dan mineral yang mengandungi 30 nutrisi lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan bagi melengkapi kekurangan nutrisi.
VIVIX
- Anti-oksida yang terbaik dihasilkan oleh SHAKLEE yang merangkumi semua keperluan dalam tubuh badan seperti pemulihan fungsi sel,melambatkan pembentukan protin AGE(advanced glycation end product) yang boleh menggangu keutuhan sel. Disamping itu juga, vivix ini menguatkan sistem imun bagi membantu melawan penyakit-penyakit lain. Seperti merendahkan tekanan darah, tahap kolestrol,mengurangkan artritis, anti-inflamasi,mengawal selia insulian atau diabetic dan banyak lagi.

Banyakkan SHAKLEE boleh membantu anda?
Sila jangan ambil mudah sekiranya anda atau yang tersayang mengalami masalah-masalah diatas. Berjumpalah pada yang pakar untuk pengesahan sebelum terlambat.

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi saya SID pilihan anda 😊

Pn Shasha 012-910 5984
www.facebook.com/messages/shashavitahealth

No comments:

Post a Comment

 

Disclaimer

All statements in this blog have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Blogroll