Pages

Wednesday 30 October 2013

KISAH DIRIKU..



Syukur Alhamdulilah..penantian selama setahun setengah untuk memiliki anak yang ketiga dimakbulkan Allah SWT..Si kakak sudah 11 tahun dan Si abang sudah 7 tahun. Setelah doktor mengesahkan kepada saya, sekiranya saya ingin memiliki anak, hanya boleh seorang sahaja.  Ini kerana rahim saya nipis setelah melalui 2 kali pembedahan.

Seperti biasa bulan ke tiga dan ke empat, hospital adalah rumah kedua saya kerana mengalami mabuk yang teruk, lebih dari 50 botol air yang masuk ke badan saya. Masuk sahaja bulan ke lima saya sudah aktif dan cergas seperti biasa,lasak sampai tak ingat dunia. Sebelum ini saya tidak pernah mengamalkan mana-mana supplemen @vitamin selain yang diperkenalkan oleh doktor sahaja.

Namun bila kandungan mencecah ke 8 bulan, hati ini tergerak untuk mencuba SHAKLEE, bermula dengan ESP (Energizing Soy protein), satu perubahan besar berlaku dalam diri saya..badan terasa segar,bertenaga dan kulit terasa lembab sahaja. Saya merupakan peniaga makan,bayangkan kesibukan diri dalam menguruskan kedai,anak-anak dan diri yang membuyung ini. Alhamdulilah dikurniakan kekuatan yang sungguh luarbiasa untuk menguruskan semua nya..

Sebelum itu, dikala kandungan memcecah 6 bulan  saya telah mengalami premature contraction yang selalunya dialami apabila hendak bersalin, dan apabila kandungan 34 minggu, saya diserang batuk dan selsema yang teruk dan ianya berlarutan selama 36 minggu, doktor telah menetapkan tarikh pembedahan pada kandungan mencecah 37 minggu..

Tarikh 03/04/2013 kandungan 36 minggu, ada temujanji bersama doktor untuk kali yang terakhir sebelum masuk kedewan bedah minggu hadapan nya..Apabila diperiksa, saya sudah mengalami 'contraction' dan kaki terlampau bengkak. Doktor menyarankan saya membuat CTG untuk mengetahui lebih lanjut, tak sampai 5 minit mesin CTG diletakkan ke perut saya, jururawat memaklumkan bahawa saya perlu menjalani pembedahan hari ini jugak kerana 'contraction yang kuat dan rahim yang bocor..

Dalam pukul 7.30 malam, saya ditolak ke dewan bedah dan dikala azan isyak berkumandang, lahirlah putera cinta hati saya dan suami ke dunia. Jururawat meletakkan bayi ke atas  dada saya, namun tak sampai beberapa minit, jururawat terpaksa bawak anak ke nursery dengan keadaan segera. Rupanya dugaan tidak berhenti dikala itu, paru-paru belah kiri tidak kembang sepenuhnya dan paru-paru kanan hanya kembang separuh sahaja, si bayi ditempatkan di NICU dengan menerima bantuan oksigen sepenuhnya, hari ke 3 satu lagi berita menyedihkan, setelah paru-paru anak kembang sepenuhnya, tetapi ada jangkitan di sebelah kanan pulak. Doktor bertanya kepada saya , adakah saya mengalami deman, batuk, selsema atau tidak sihat sepanjang mengandung?  Saya menjawab Ya, saya mengalami batuk dan selsema yang teruk dikala minggu-minggu terakhir..Doktor berkata, jangkitan yang dialami oleh anak saya, adalah berpunca dari saya, bayangkan situasi saya diketika itu..Akibat kecuaian saya yang tidak menjaga kesihatan dengan betul, anak yang masih kecil ini menerima akibat nya.

Saya bina kekuatan diri, berazam yang saya akan menyusukan anak dengan susu yang paling baik didunia iaitu susu IBU.  Saya bawak semua Set Pantang SHAKLEE ke hospital dan mula makan pada hari kedua dengan teratur. Saya menjadi sungguh tenang dan Alhamdulilah apabila saya mengepam susu badan sudah dapat 2oz sekali pam sehinggakan jururawat bertanya banyak sungguh susu akak sedangkan baru hari kedua (anak saya terpaksa diberikan susu melalui tiub). Saya dengan gembira menyatakan saya makan SHAKLEE jadi badan rasa sungguh segar, tenang, bertenaga dan tidak stress. Selama 3 hari di NICU dan 4 hari di nursery dengan jagaan jururawat kerana masih menggunakan oksigen walaupun minimal. Berulang alik ke hospital menjadi rutin saya selama seminggu,ramai yang menegur saya, keadaan diri yang tidak serupa macam orang dalam pantang, dengan muka merah(tidak pucat),jalan pun steady ajer, badan bertenaga. Itulah hasil nya apabila makan supplemen SHAKLEE dan mengikuti pantang larang orang bersalin seperti berurut,mandi herba dan pemakanan yang betul.

Alhamdulilah bersyukur tidak terhingga, anak saya HAIDAR HARIZ sihat sepenuhnya, sudah 7 bulan dengan berat 7.05kg hasil dari penyusuan dan pemakanan yang terbaik. Malah sehingga kini saya masih mengamalkan set pantang SHAKLEE untuk kesihatan diri dan anak yang masih lagi menyusu badan..





 

Disclaimer

All statements in this blog have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Blogroll