Pages

Wednesday 13 November 2013

Hebatnya Susu Ibu Bagi Bayi Pramatang

Susu Ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi anda. Kandungan nutriennya lengkap,walaupun bayi yang dilahirkan dikategori "Bayi Pramatang". Susu ibu adalah yang paling sesuai untuk membantu perkembangan bayi anda..

Jom kita kongsi 'KUASA SUSU IBU'

1. Tahukah anda susu ibu dihasilkan mengikut tempoh kandungan? Ini kerana bayi dilahirkan pramatang,kandungan susu ibu berlainan dengan ibu yang melahirkan anak cukup tempoh (37 minggu keatas)

2. Kandungan susu ibu untuk bayi prmatang mrngandungi kalori dan protein yang LEBIH TINGGI,supaya bayi pramatang dapat membesar dengan baik dan segera pulang ke rumah ( terjadi pada diri saya sendiri)

3. Penyusuan boleh dimulakan sebaik sahaja bayi berada dikeadaan bersedia(stabil). Dimana KOLOSTRUM yang telah diperah akan diberikan menggunakan tiub khas atau picagari jika bayi terlampau kecil atau bergantung sepenuhnya dengan oksigen ( sudah melalui pengalaman sebegini)

4. Susu ibu mengandungi perlindungan imun yang dapat menghalang jangkitan kuman yang berbahaya. Oleh sebab itu,bayi pramatang perlu diberikan susu ibu berbanding susu formula.

5. ASID LEMAK penting terkandung dalam susu yang lahir pramatang adalah istimewa. Ia membantu mempercepatkan perkembangan dan kecergasan otak bayi yang lahir tidak cukup bulan.

6. Susu ibu mampu menenangkan bayi pramatang terutama nya apabila melalui pelbagai prosedur perubatan seperti disuntik kerana diambil darahnya atau diberikan antibiotik. Kesakitan itu dapat dikurangkan melalui penyusuan susu ibu.

7. Kandungan LAKTOFERRIN meningkatkan sistem pertahanan daya tahan tubuh bayi pramatang.

8. Kandungan ENZIM dan PROTEIN WHEY yang tinggi dalam susu ibu memudahkan penyerapan dan penghadaman kepada bayi pramatang. Justeru ia memberikan perlindungan daripada NECROTIZING ENTEROCOLITIS (sejenis penyakit usus dan intoleransi penyusuan)

9. Terakhir sekali, sentuhan 'kulit dengan kulit' bagi membentuk ikatan kasih sayang dan membuatkan bayi rasa tenang dan selamat.

Perbandingan  komposisi Ibu pramatang dan bayi kelahiran normal.

PROTEIN 50%-100% lebih tinggi pada 4 minggu hingga 7 minggu pertama.
2. SODIUM 30%-150% lebih tinggi pada 4 minggu hingga 6 minggu pertama
3. KLORIDA 30%-75% lebih tinggi pada 3 minggu hingga 4 minggu pertama
4. POTASSIUM 30%-75% lebih tinggi pada 3 minggu hingga 4 minggu pertama
5. IgA lebih tinggi pada 2 hingga 3 bulan pertama
6. ASID LEMAK 40%-80% lebih tinggi pada 3 bulan pertama.
    POLYUNSATURRATED FA 40%-70% lebih tinggi dalam kolostrum dan susu matang.
7.Enzim dan faktor oertumbuhan sama seperti susu ibu matang.

Saya sebagai ibu yang melahirkan bayi pramatang (36 minggu) dan mempunyai masalah jangkitan paru-paru berpunca dari SAYA sendiri(batuk dan selsema ketika mengandung) mengakui KEAJAIBAN dari ALLAH SWT melalui SUSU IBU yang dapat menyembuh dan memberi kekuatan kepada bayi saya sehingga sembuh... ALHAMDULILAH syukur padamu YA ALLAH....
(sumber pengkongsian ini diperolehi dari majalah PA & MA)

No comments:

Post a Comment

 

Disclaimer

All statements in this blog have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Blogroll