Pages

Friday 28 February 2014

KENAPA PILIH SHAKLEE UNTUK KENCING MANIS

Diabetic melitus datangnya dari bahasa Greek, dimana Diabetic bermakna 'melalui'.  Ini kerana pengencingan yang kerap merupakan gejala utama penyakit ini. Manakala Melitus datangnya dari latin yang bermaksud 'madu', yang merujuk kepada gula yang muncul dalam air kencing.
Diabetic melitus ialah gangguan pada kefungsian badan untuk menggunakan gula atau glukosa.Iaitu bahan bakar asas bagi badan.
Diabetic ini terbahagi kepada 2 iaitu:'
Diabetic juvana - seringkali terjadi pada kanak-kanak atau bayi. Ia juga dikenali sebagai melitus bergantung insulin, kerana seseorang yang bergantung kepada insulin terpaksa mengambil insulin setiap hari.
Diabetic permulaan dewasa - kerana ianya paling kerap berlaku pada pertengahan umur. Ianya juga dikenali  diabetic tidak bergantung insulin kerana jenis ini bukan kerana kekurangan pengeluaran insulin tetapi kerana ketidakupayaan badan menggunakannya secara berkesan.

BAGAIMANA INSULIN BERFUNGSI?
✅ Berfungsi dalam mekanisme gula (karbohidrat) badan kita.
✅ Hormon diperbuat dalam pankreas ataupun dipanggil "Pepulau Langerhans"
✅ Didalam pepulau ini mengandungi sel-sel khusus dikenali sebagai sel-sel beta.
✅ Hormon insulin dari pankreas adalah penting untuk glukosa memasuki sel-sel.
✅ Insulin merupakan satu-satunya hormon dalam badan kita yang mempunyai fungsi ini
✅ seluruh sistem berfungsi apabila gula darah meningkat selepas memakan sarapan,satu isyarat akan dihantar ke pankreas untuk melepaskan insulin. Insulin kemudian menggerakkan glukosa dari darah ke dalam sel-sel untuk pengeluaran tenaga. Namun apabila gula darah menurun, insulin menutipnya sehingga diperlukan kembali.

PETANDA-PETANDA DIABETIC
👉 Kerap membuang air kecil
👉 Dahaga yang berlebihan
👉 Kehilangan atau penambahanberat badan
👉 Mengalami sakit pinggang yang melampau
👉 Mempunyai latar belakang genetik penyakit kencing manis

KOMPLIKASI JANGKA PANJANG PESAKIT DIABETIC
✔ Serangan jantung- akan merosakkan saluran darah melalui penimbunan plak yang menyebabkan arteri-arteri yang menghubungi jantung menjadi makin sempit.
✔ Masalah mata-saluran darah kecil kw retina boleh rosak dan mengakibatka  kehilangan penglihatan atau buta.
✔ Masalah neurologi-menyebabkan fungsi saraf terjejas seperti berdenyut-denyut, kebas, sakit atau kepanasan.
✔ Tekanan darah tinggi-adalah rakan baik kerana penyempitan saluran darah berlaku.
✔ Masalah buah pinggang-boleh berlaku sekiranya diserang penyakit ini dikala awal usia dan kegagalan mengawal tahap diabetic akan menghadapi masalah buah pinggang tanbahan pergantungan dengan suntikan insulin sedikit sebanyak mengalaminya.
✔ Jangkitan-lebih mudah dijangkit pelbagai jangkitan, ini kerana pesakit diabetic ini mengalami penurunan sistem imun. Sebagai contoh, pesakit diabetic yang dijangkiti TIBI, mereka akan menjalani rawatan selama 9 bulan berbanding rawatan sebenarnya hanya 6 bulan sahaja.

NAK TAHU APA YANG BOLEH SHAKLEE BANTU?
😊 ESP (Energizing Soy Protein)
- Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, menjadikan ianya sangat sesuai kepada pesakit diabetic. Ini kerana G.I yang rendah akan menyebabkan kenaikan yang mantap dalam glukosa darah.
😊 OMEGA GUARD
- EPA dan DHA yang terkandung dalam Omega Guard telah membuktikan meninggalkan kesan baik ke atas sistem vaskular selagi ia ada kaitan dengan masalah diabetic. Dari sistem vaskular,pesakit diabetic berpotensi mempunyai masalah seperti kolestrol, penyakit jantung serta tekanan darah tinggi.
😊 GLA (gamma linolenic acid)
- menghalang komplikasi diabetic dengan merendahkan gula darah dengan mempengaruhi saraf dan membantu pembekalan darah. Meringakan kebas disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
😊 VITAMIN E
- tahukah anda bahawa keberkesanan Vitamin E dalam badan merupakan satu keajaiban. Untuk pesakit diabetic Vitamin E memberikan manfaat dalam meningkatkan bekalan darah ke tisu-tisu dengan itu mengurangkan gangren diabetic dan mengelakkan pemotongan kaki. Dalam masa yang sama ia mengurangkan kebergantungan terhadap insulin sebanyak 30%.
😊 VITAMIN C
- Vitamin C amat penting kerana memainkan peranan yang besar dalam bidang kesihatan. Vitamin C ini juga merangsang sistem imun agar menjadi lebih agresif dan ianya penting pada pesakit diabetic kerana risiko jangkitan adalah tinggi.
😊 B COMPLEKS
- Tahukah anda B Complex merupakan vitamin penting untuk pesakit diabetic, dimana ia berhubungkait dengan metabolisme gula dan pelepasan tenaga. Pesakit Diabetic memerlukan lebih banyak B6 untuk metabolisma normal bagi sejenis asid amino yang dipanggil 'triptofan' untuk menjadikan diabetic bertambah baik.
😊 ZINC COMPLEX
- Zinc ialah sejenis mineral yang paling bernilai untuk pesakit diabetic, dimana insulin yang mengandungi banyak zinc banyak membantu. Ini kerana pesakit diabetic mengandungi hanya separuh zinc tersimpan didalam pankreas berbanding yang sihat. Zinc membantu penyembuhan luka, ini kerana pesakit diabetic selalu mengalami ulcer kulit. Zinc juga memainkan peranan dalam merangsang sistem imun. Tahukan anda bahawa pesakit diabetic memerlukan sistem imun bercekapan tinggi setiap masa?
😊 VIVIX
- kandungan purple carrot yang mengandungi 'anthocyanins' sebagai anti oksida yang tertinggi. Asid klorogenik yang terdapat dalam purple carrot ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetic. Elderberry yang mengandungi Vitamin A,B dan C dan nutrien asid, amino acid,carotenoid,tannin dan rutin yang bermanfaat dalam menguatkan sistem imun dalam menentang dan mengawal diabetic.

Hebatkan SHAKLEE? banyak pilihan yang boleh kita pilih berdasarkan bajet..
Jadi kenapa perlu tunggu dan berfikir lama-lama..pilihan ditangan anda.

Perlukan bantuan? Pilihlah saya sebagai SID pilihan dengan menelefon ditalian
012-9105984 Pn Shasha
www.facebook.com/messages/shashavitahealth

Jom Cuba GLA Complex Shaklee

Kebanyakkan GLA (Gamma-Linolenic Acid) yang banyak dijual dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO). Tetapi GLA COMPLEX SHAKLEE  diekstrak dari 'borage' yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA didalam EPO. Borage juga 3kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3kali lebih berkesan berbanding EPO

Apa itu GLA?
GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

FAEDAH
GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan ECZEMA. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapatmembantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.

SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA?
GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. GLA sangat diperlukan olehpengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan

GLA Shaklee terbaik

*Herba Tradisi Yang Dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Iainya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina*Mengawal Selia Estrogen dan Testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS

*Melambatkan Menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus

*Memperbaiki Prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

*Menentang Kanser - GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

*Memperbaiki Inflamasi Kulit - Iainya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Iainya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi darirheumatisma dan artritis

*Menghalang Komplikasi Diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan ndisebabkan oleh gula darah yang tinggi

*Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

*Menghalang Tekanan Darah Tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung

*Memperbaiki Tekstur Rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

Banyakkan khasiat yang terselindung disebalik botol kecik ini?...
Berminat? Dial
012-910 5984 Pn Shasha
www.facebook.com/messages/shashavitahealth


Monday 17 February 2014

Rawat Artritis bersama SHAKLEE

Assalammualaikum sahabat...cerah sungguh cuaca hari ini...moga- moga bawak ke petang..
Hari ini jom kita kongsi ilmu penyakit Artritis. Tahukah anda penyakit ini bukan sahaja boleh menyerang mereka yang berumur 50 tahun ke atas, namun kanak-kanak,remaja atau orang dewasa tidak mustahil.

'Artho' bermakna 'sendi' dan 'itis' bermakna 'kebengkakan',iaitu kegelembungan, kemerahan,kepanasan dan kesakitan disebabkan oleh kecederaan atau penyakit dalam sendi. Terdapat lebih 100 bentuk atritis, namum yang kebiasaannya seperti OSTEOARTRITIS, REUMATOID dan GOUT.

TANDA -TANDA ARTRITIS

1. Kekakuan berlaku pada awal pagi
2. Bengkak-bengkak pada satu atau  
    beberapa sendi
3. Kesakitan yang berulang-ulang atau 
    kelembutan pada mana-mana sendi
4. Tidak boleh menggerakkan mana-   
    mana sendi secara normal
5. Kelembutan yang nyata dan
    kepanasan pada sesuatu sendi
6. Kehilangan berat badan yang tidak
    diketahui sebabnya atau kelemahan  
    yang bercampur dengan sakit-sakit  
    sendi
7. Gejala-gejala seperti ini yang
    berlangsung selama lebih 2 minggu

Jika anda mengalami mana-mana simpton diatas, berjumpalah dengan doktor. Ini kerana rawatan awal mampu mencegah ianya lebih buruk.

Sendi yang Normal menyebabkan pergerakan sendi akan berfungsi secara seimbang. Sendi boleh diiktiraf apabila mana-mana tempat didalam badan bila tulang bertemu tulang dan memujudkan pergerakan.

Hujung tulang-tulang tersebut disaluti oleh RAWAN, yang bertindak seperti penyerap kejutan yang berasal dari tosu yang kukuh dan anjal. Dimana ianya berfungsi untuk memastikan tulang-yulang tersebut tidak bergesel diantara satu sama lain.

PENYAKIT YANG DIAKIBATKAN OLEH ARTRITIS

1. OSTEOARTRITIS
Berpunca dari kerosakan rawan diantara tulang-tulang. Apabila penyusutan rawan berlaku, geselan diantara tulang-tulang akan berlaku dan mewujudkan kesakitan yang melampau. Osteoartritis kebiasaannya akan menyerang kepada sebilangan sendi kecil sahaja.

2. REUMATOID ARTRITIS
Berpunca dari suatu gangguan imun dimana sistem imun menyerang tisu-tisu sendi badan itu sendiri dan mengakibatkan kebengkakan, sehingga ke satu tahap yang menyebabkan kerosakan kepada sendi-sendi. Reumatoid lazimnya menjejaskan beberapa sendi yang sama dikedua-dua belah sisi badan atau menyeluruh.

3. GOUT
Berpunca daripada himpunan Asid Urik dalam badan yang diperolehi dari diet yang tidak dapat disingkirkan oleh buah pinggang. Ianya popular dengan gelaran 'Penyakit Raja-raja'.  Oleh yang demikian, himpunan hablur tadi akan meyerupai seperti jarum yang membentuk dalam sendi-sendi terutama sekali didalam ibu jari kaki, buku lali, ibu jari tangan , lutut, pergelangan tangan serta sendi-sendi kecil tangan. Tahukah anda bahawa 20% pesakit Gout berpotensi menghidap batu karang.

Sekiranya anda menghadapi situasi seperti tercatat diatas,maka segeralah berjumpa pengamal perubatan untuk pengesahan dan memakan ubat yang sepatutnya.

BAGAIMANA SUPPLEMEN SHAKLEE BILEH MEMBANTU?

1. OMEGA GUARDS
Memelihara fungsi-fungsi sendi dimana paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan, oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tulang rawan. Ia mencegah artritis, memelihara fungsi sendi  serta Gout secara berkesan.

2. GLA ( GAMMA LINOLENIC ACID)
Ia membantu meringakan sakit dan bengkak yang terjadi dari Reumatoid dan Artritis. 

3. OSTEMATRIX
Dengan pengambilan 4 biji ostematrix 3 kali sehari merupakan saranan kepada pesakit osteoporosis,dimana kalsium yang terkandung dalam ostematrix mampu menghalang ianya berlaku. Ia memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas,sakit sendi dan artritis.

4. ADVANCE JOINT HEALTH COMPLEX
Mengandungi saty bentuk ekstrak Boswellia yang mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam jangka masa yang singkat. Glukosamin yang terkandung dalam AJHT membantu memelihara rawan,manakala Zink, Kuprum,Manganese dan Vitamin C membantu membina kolagen dan lain-lain tisu penghubung yang memberikan kekuatan dan struktur kepada sendi.

5. VITAMIN E
Memperbaiki artritis dengan meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, varikos dan artritis. Ia juga berperanan sebagai antioksidan yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan pengoksidaan.

6. B COMPLEX
Apabila disahkan menghidap penyakit Artritis,ada kadangkala pesakit sukar menerima hakikat atau sudah hilang semangat akibat penyakit seperti Gout atau Reumatoid Artritis kerana penat menganggung kesakitan terutama mereka yang sudah berumur.

B complex merupakan supplemen penting untuk meredakan tekanan berbanding kita mengambil 'drug'.

7. ZINC COMPLEX
Membantu merangsang sistem imun dan membantu membentuk tisu-tisu baru dimana pesakit artritis mengalami kadar tukar ganti tisu yang banyak. Maka sistem imun yang kuat amat diperlukan bagi penghasilan tersebut.

Banyakkan supplemen SHAKLEE boleh membantu pesakit artritis,reumatiod artritis dan gout. Berikanlah pada mereka yang disayangi supaya dapat membantu untuk mengurangkan kesakitan yang mereka alami.

Dail nombor ini untuk konsultasi percuma
012-910 5984 Pn Shasha
www.facebook.com/Messages/ShashaVitahealth

Sunday 16 February 2014

Antioksidan dan SHAKLEE

Assalammualaikum semua...Alhamdulilah ketemu lagi kita hari ini..sihat semua?
Hari ini sha nak kongsi pasal ANTIOKSIDAN.

Para penyelidik menggangarkan bahawa 80-90% daripada semua penyakit yang merosot,melibatkan RADIKAL BEBAS.  Manakala ANTIOKSIDAN mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Sebelum kita kenali apa itu ANTIOKSIDAN, jom kita kenali RADIKAL BEBAS dulu..

RADIKAL BEBAS
Radikal Bebas ialah molekul-molekul yang tidak lengkap dan tidak mantap. Molekul merupakan batu asas pembinaan dalam alam semulajadi seperti oksigen,asid lemak dan asid amino. Kerosakan akibat radikal bebas dikenali sebagai oksidasi dan ianya akan menggangu fungsi dan pembiakan sel yang sihat.

Tetapi tidak semua Radikal Bebas ini jahat,adakala badan kita memerlukan untuk mengoksidasikan glukosa dan lemak.  Manakala sistem imun akan menggunakan Radikal Bebas untuk menentang virus dan bakteria.

ASAL RADIKAL BEBAS
Banyak punca Radikal Bebas boleh terperangkap dalam badan. Diantara faktor sekeliling seperti asap rokok,dadah,alkohol dan sinaran matahari. Dalam pada itu, apabila badan memerlukan lebih banyak oksigen, maka lebih banyak radikal bebas akan dikeluarkan.

Racun juga memainkan peranan seperti racun serangga,racun rumpai,baja-baja kimia dan kimia-kimia industri semuanya dihancurkan didalam badan.

PENYAKIT YANG BERKAITAN DARIPADA RADIKAL BEBAS

1. Sakit jantung
2. Kanser
3. Penurunan sistem imun
4. Penuaan
5. Katarak
6. Masalah otak dan saraf

SHAKLEE ada menawarkan beberapa suplemen untuk ANTIOKSIDAN :-

1. VITAMIN C
Ia adalah satu-satunya Antioksidan yang berkuasa,mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang T Cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan Radikal Bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

2. VITAMIN E
Merupakam Antioksidan yang kuat. Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari untuk Antioksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imin, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor,mengurangkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki oksidasi iaitu katarak dan masalah penglihatan.

3. GARLIC
Detoksifikasi dengan mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa,plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakkan hati dari bahan kimia.

4. ZINC COMPLEX
Mampu mempertingkatkan sistem imun dalam pengeluaran kalenjer Thymus. Kalenjer Thymus mempertingkatkan sistem imub dengan pengeluaran T-Cell untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

5. Caratomax
Pengambilan kerap Beta Karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ia juga mengurangkan Radikal Bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

Tahukah anda, Pakar Nutrisi mrncadangkan pengambilan ACE( BETA KAROTENA,VITAMIN C DAN VITAMIN E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti oksidan dalam melawan radikal bebas.

Jaga kesihatan anda, keluarga anda dan mereka yang tersayang dari Radikal Bebas yang menjadi pelbagai penyebab penyakit-penyakit kronik dengan memakan supplemen yang memberikan tindakbalas Antioksidan atau menguatkan sistem imun badan..

Berminat dengan supplemen diatas dan ingin memiliki..bolehlah hubungi
012-910 5984 Pn Shasha
www.facebook.com/Messages/ShashaVitahealth.

Wednesday 12 February 2014

Tingkat Sistem Imun Bersama SHAKLEE

Apakah Sistem Imun?
Secara ringkasnya,Sistem Imun merupakan gabungan seluruh gerakbalas badan terhadap penyakit. Seperti Bakteria, Sel, Kanser,Fungus atau lain-lain mikroorganisme.

Apabila 'penjahat-penjahat'nie menyerang badan anda, maka penjahat ini akan bertembung dengan satu pasukan askar yang sungguh kuat untuk menentang penjahat ini..Askar inilah yang dipanggil Sistem Imun kita.

Namun jika penjahat ini dapat mengatasi askar tersebut, maka terjadilah jangkitan terhadap tubuh badan kita. Ataupun baik penyakit yang besar atau kecil yang akhirnya menjadi penyakit, dianya menggambarkan kegagalan Sistem Imun.

Mengapa Kita Sakit?
° Berlakunya pencerobohan besar-besaran oleh kuman-kuman yangbdaoat mengatasi Barisan Pertama Sistem Imun

° Pendedahan kepada Kuman baru yang telah berubah diri menjadi lebih 'POWER'

° Kuman yang berjaya memperdayakan Sistem Imun kita.

Penyebab Sistem Imun Menurun
□ Pendedahan Dengan Keadaan Sekeliling - tubuh badan sering atau terlalu 'expose' kepada asap rokok, kita sebagai perokok,sumber toksik serta kepada logam-logam seperti plumbum, raksa dan kadmium. Dimana ianya akan memperlahankan kepantasan Sel B untuk mengeluarkan antibodi didalam badan kita.

□ Kolestrol Yang Tinggi - tahukah anda, mereka yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi lebih senang diserang penyakit berbanding mereka yang mempunyai tahap kolestrol yang rendah. Ini kerana badan akan mengeluarkan antibodi dengan pelahan sehingga penyakit lebih cepat bertindak.

□ Alkohol - alkohol dan kanser mempunyai hubungkait sejak 60 tahun yang lalu. Dimana sesetengah wain mengandungi karsinogen seperti minyak bahan bakar dan nitrosamina yang bertindak sebagai penindas imun badan dan merangsang penyakit lain.

□ Banyak makan makanan manis - Pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan tindakbalas seluruh Sistem Imun. Ianya tidak mempunyai nutrisi yang boleh diserapkan oleh badan,malah terpaksa menggunakan vitamin dan mineral daripada organ-organ lain untuk menghadam dan penyerapan.

□ Tidak Cukup Rehat - tidur yang mencukupi pada waktu malam diantara 8 -10 jam, bergantung pada diri individu itu sendiri.

□ Elakkan STRESS - Stress mampu menjadi pembunuh kepada Sistem Imun. Ini boleh dilihat kepada pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan yanbg besar, apabila senang dijangkit penyakit.

□ Kurangnya pengambilan Supplemen Kesihatan atau nutrisi untuk badan.

Sitem Imun Yang Berkuasa Tinggi Boleh Dicapai Bersama SHAKLEE..

♢ Vita-lea - ia adalah multivitamin dan mineral dimana dapat meningkatkan kuasa Sistem Imun badan

ESP - protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu badan serta kompenen utama kepada hormin manusia. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam Sistem Imun untuk melawan penyakit. Dan protin terdiri lebih 20 jenis Asid Amino dan 8 daripada nya adalah 'perlu' dalam penghasilan Sistem Imun.

Vitamin C - Vitamin C merupakan sejenis vitamin yang unik bagi meningkatkan Sistem Imun. Dimana ianya membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman dan memperkukuhkan Sistem Imun badan.

Nutriferon - mengukuhkan Sistem Imun dalam 3 hari dengan merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan Sistem Imun. Atau lebih dikenali sebagai ' pembelasah Virus'

Vitamin E - vitamin ini meningkatkan keupayaan badan untuk mengeluarkan antibodi yang lebih berkuasa. Dimana mineral selenium bergandingan dengan Vitamin E untuk meningkatkan lagi keupayaan Sistem Imun yang lebih tinggi.

B Complex - vitamin utama yang terlibat dalam pelepasan utama daripada makanan. Dimana membantu membekalkan tenaga dalam penghasilan Sistem Imun.

Garlic ( bawang putih) - ianya mampu meningkatkan Sistem Imun dengan lebih agresif.

GLA - bertindak menentang jangkitan virus walaupun ia berkepekatan rendah. Ianya amat berkesan apabila menentang virus yang mempunyai membran berlemak.

Banyakkan Supplemen SHAKLEE boleh membantu?...pilih sahaja mana yang terbaik untuk diri anda dan keluarga tersayang..Mencegah adalah lebih baik dari merawat..Jangan fikir lama-lama,ini kerana penyakit tidak akan menunggu,tetapi tiba-tiba sahaja ianya boleh menyerang.

Telefon saya untuk konsultasi percuma
012-910 5984 Pn Shasha
www.facebook.com/Messages/ShashaVitahealth

Wednesday 5 February 2014

Rawat Tekanan Darah Tinggi Bersama SHAKLEE

Jom Kenali Dulu 'Tekanan Darah Tinggi'

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Tekanan Darah akan dibaca dengan 2 angka iaitu sistolik dan diastolik(diambil dari perkatan GREEK)yang mebawa maksud mengecut dan mengendur.  Sistolik adalah otot jantung mengecut dan memaksa darah mengalir melalui arteri, manakala diastolik ialah tekanan yang ada pada arteri ketika jantung sedang mengisi dan siap sedia untuk berdegup semula.

Tahukah anda, bahawa tiada kematian boleh terjadi kerana menghidap tekanan darah tinggi, namun kematian tersebut berpunca dari penyakit lain dan ditambah oleh tekanan darah tinggi seperti strok, serangan jantung, kegagalan jantung, kegagalan buah pinggang dan lain-lain lagi. Tetapi sebenarnya 90% tekanan darah tinggi boleh dikawl dengan, mengambil makanan tambahan, diet dan gaya hidup. Kebiasaannya Tekanan Darah Tinggi ini dipanggil hipertensi, dan ianya boleh diwarisi melalui keturunan dengan kadar 40% dan anggaran 23% dari pemakanan.

Jom Kenali Tanda Awal Anda Menghidap Tekanan Darah Tinggi

Tahukah anda, tidak semua yang akan merasa atau mengetahui bahawa sudah menghidap penyakit ini.  Namun petanda awal selalunya sudah berlaku, tetapi mungkin tidak perasan. Sekiranya petanda-petanda dibawah ini, pernah anda alami,jangan ambik mudah. Sila buat langkah seterusnya dengan berjumpa doktor.

* Penglihatan kabur
* Mengalami pitam secara tetiba
* Kejadian muka merah
* Berasa tegang dimuka dan leher tanpa sebarang sebab
* Telinga berdesing
* hidung kerap berdarah secara spontan
* Sering berasa berdebar atau tidak sedap hati
* Tiba-tiba menjadi seorang yang cepat gayat.
* Amaran yang terbesar adalah serangan Iskemia Sementara (strok kecil ) 

Strok terbahagi kepada 2 iaitu :-

 # Serangan Jantung Di Otak - Saluran darah yang membekalkan darah ke otak menjadi sempit dan menyebabkan ianya tersumbat.

#  Strok Berdarah - Pendarahan secara spontan didalam otak akibat pecahnya aneurisme.

Pada mereka yang berumur 25 ke 30 tahun, disarankan untuk membuat pemeriksaan tekanan darah tinggi setahun sekali dan bagi mereka 40 tahun keatas disarankan 2 kali setahun. 

Jom Kenali Supplemen SHAKLEE Yang Boleh Membantu.




@ Mampu mengimbangi tekanan darah, stress, bertindak sebagai penenang.
@ Mampu mencegah, mengawal atau menurunkan tekanan darah tinggi,
@ Kandungan Magnesium dalan Ostematrix mampu menurunkan tekanan darah tinggi.
@ Kandungan Magnesium terlibat dalam keutuhan membran sel bagi mengelakkan otot-otot mengecut dan arteri     menjadi sempit





@ Mencegah penyakit saluran darah dan strok dengan DHA dan EPA berfungsi melincirkan saluran darah dan         peredaran darah yang lancar.
@ Memberikan kesan positif terhadap lipid dan tekanan darah tinggi
@ Membantu menurunkan kolestrol
@ Menghindarkan pembekuan darah didalam badan
@ Mengurangkan risiko penyakit Jantung




@ Membantu meningkatkan keupayaan badan untuk mengekalkan tekanan darah
@ Merupakan anti oksida yang berkesan bagi membantu sel-sel menjadi lebih sihat dan kurang rentan terhadap     cerutan.
@ Keperluan Jantung untuk mengepam darah dengan lancar dan mengeluarkan tenaga, ini kerana paras CoQ10     sering rendah pada penghidap Tekana darah Tinggi




@ Mampu menurunkan tekanan darah
@ Mengurangkan penggumpalan darah dan menurunkan kolestrol pada purata 10%
@ Dengan pengambilan yang teratur, mampu menurunkan tekanan sistolik sebanyak 8 mata dan diastolik               sebanyak 5 mata.
@ Membantu mengeluarkan logam toksik yang menyebabkan tekanan darah.


Kita harus ingat sebanyak mana kita memakan supplemen, namum pemakanan dan kehidupan yang sihat merupakan tonggak yang membantu kita mencegah penyakit. Mencegah lebih baik dari merawat.

Berminat dengan supplemen diatas untuk dihadiahkan pada diri sendir atau mereka yang disayangi,
hubungi saya ditalian 012 - 9105984 Pn Shasha @
www.facebook.com/Messages/ShashaVitahealth










 

Disclaimer

All statements in this blog have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Blogroll