Pages

Tuesday 3 March 2015

Apa kaitan Pump Susu dan Shaklee?

Assalammualaikum dan salam sejatera..
Hai semua.. tengah lepak sambil menyusukan anak yang ke 3 nie..mengimbau kembali kenangan 2 tahun lalu semasa kelahiran si kecik nie..

Dari kandungan 6 bulan, keperluan dibeli secara berperingkat kerana tiada langsung dalam simpanan barang baby... makne taknya..yang sulung dah 11 tahun dan yang ke 2 dah 7 tahun ketika itu...so ibarat 'start all over again' laa kan..

Disaat-saat nak menunggu hari untuk dibedah ( kedua2 anak saya semuanya keluar ikut tingkap)..Alhamdulilah semua kelengkapan dah cukup..sehingga SET BERSALIN SHAKLEE skali, kali ini memang dah pasang niat nak fully breastfeed so bila membaca kepentingan dan manfaat supplemen ini, saya borong set penuh nya (ESP,VITALEA,B COMPLEX, VITAMIN C, ZINC COMPLEX DAN OSTEMATRIX)....excited nyer pasalkan 

TETAPI saya terlepas pandang satu benda yang saya anggap tiada keperluan iaitu 'PUMP SUSU'.. dan ini membuatkan saya ralat sedikit.kenapa saya tulis begini?
03/04/2013  dikala kandungan 36 minggu, adalah hari check up terakhir sebelum dibedah pada minggu hadapannya.. namun semasa saya buat CTG, ada kelainan digraft tersebut yang membuat saya dibedah pada hari itu jugak...

Rupa-rupanya... sikecik mengalami masalah paru-paru...dia tidak mampu bernafas sendiri.. saya sendiri tidak sedar akan masalah anak sehinggalah keesokkan malam nya, saya pelik kenapa anak tidak dihantar untuk menyusu.. saya bertanya dekat suami, anak mane nyer?..barulah suami cakap yang anak kena pakai oksigen, dan duduk di NICU.. pertemuan kali pertama, menitik air mata kerana sedih wayar penuh didada dan mask oksigen lebih besar dari muka nya... tetapi saya dapat kekuatan dan ketenangan dengan berfikir secara positif, anak akan sihat dan kuat..jikalau IBUnya kuat..

Saya terfikir dimana saya dapat ketenangan sedemikian.. itu kekuasaan Allah SWT dan baru teringat,saya mula memakan SET BERPANTANG SHAKLEE keesokkan paginya..dimana setiap supplemen ini memainkan peranan..

a. ENERGIZING SOY PROTEIN - komposisi utama dalam susu ibu adalah protein, memberikan tenaga selepas bersalin, membantu melancarkan pengeluaran susu badan.
b. VITALEA - multivitamin lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral, yang uniknya juga diformulasikan dengan iron yang diperlukan oleh badan selepas bersalin akibat kehilangan darah yang banyak.
c. B COMPLEX - sebagai anti stress, mengelakkan meroyan dan menstabilkan hormon
d. VITAMIN C - sangat penting untuk penyembuhan luka, memperbaiki tisu-tisu yang rosak ketika bersalin dan pembentukan kolagen
e. ZINC COMPLEX-  membantu penyembuhan luka dalaman (jahitan), mengurangkan keguguran rambut semasa berpantang.
f. OSTEMATRIX AKA KALSIUM - amat penting dalam susu ibu, membekalkan kalsium kepada ibu dan secara tidak langsung kepada bayi susuan. Membantu memgelakkan letih, sengal, osteoporosis dan juga membantu melawaskan sistem pembuangan kita.

Hasil pemakanan seawal hari pertama dibedah dan sessi mengepam dimulai pada hari ke 2, ini kerana anak perlu diberi susu melalui tiub khas....maka di hari ke 3 susu badan mulai membasah baju..untuk mengepam perlu ke bilik baby yang terletak di seberang wad..makne nyer saya perlu berjalan untuk kesana..

Takkan setiap kali nak mengepam saya perlu ke sana..dah tak larat coz sekejap ajer dah membengkak..Barulah saya perasan,yang pump susu tiada dalam list awal, ini kerana saya beranggapan ianya boleh dibeli setelah discharge atau ianya tidak berguna langsung..

Rupa-rupanya, pump susu merupakan keperluan utama untuk ibu-ibu semasa berpantang dan apabila baby tiada bersama sepanjang masa .. terpaksalah saya call adik mintak tolong belikan.. ini kerana anak saya ditahan selama seminggu di NICU.. sejak dari itu, saya selalu berpesan kepada bakal ibu supaya letakkan pump susu sebagai keperluan utama kerana kita tidak akan menduga bila ianya akan digunakan..

Tetapi mesti nak tahu jugakkan, bagaimana susu badan saya boleh banyak dalam masa terdekat?
ada beberapa faktor, diantara:-

1.KEKERAPAN MENGEPAM

konsep supply and demand adalah punca utama susu akan bertambah, ini kerana hormon prolaktin yag terhasil ketika itu adalah tinggi..maka makin kerap saya mengepam, lagi keraplah buah dada akan kosong dan makin kuatlah kelanjar menghantar signal untuk menghasilkan susu .

2. PASANG NIAT, BERTENANG, BERDOA DAN BERTAWAKAL

BERNIATLAH sejak awal kandungan yang kita hendak BF anak ...InshaaAllah dipermudahkan. BERTENANGLAH menerima berita-berita diluar jangkaan, kerana ianya boleh menganggu emosi ibu dan anak boleh merasai aura negatif didalam diri ibu. BERDOALAH kepada yang ESA semoga semuanya dipermudahkan dan BERTAWAKALAH setelah semua usaha dilakukan...

3. MENJAGA DIRI KETIKA BERPANTANG

Selain menjaga makanan, minum air banyak, berurut serta bertangas, Saya merasakan bantuan dari SET BERPANTANG SHAKLEE memainkan peranan dalam membantu mengawal emosi, memberi tenaga, mempercepatkan jahitan kering, mencergaskan badan, melawaskan najis dan paling teruja sekali,pengeluaran susu yang tiada hentinya...

Berminat untuk membeli SET BERSALIN/BERPANTANG? ianya bukan sahaja membantu diri anda, baby anda juga akan berkongsi manfaat melalui penyusuan.. tiada lagi keraguiannya kerana ianya dihasil dari pengeluaran Alam Semulajadi yang dikurniakan oleh ALLAH SWT ♡

Nak tahu lebih detail
Whatapp @ call 012-9105984
Pn Shasha
#sayajuakshakleedibangi
#bolehCODatauPOS
 

Disclaimer

All statements in this blog have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Blogroll