Pages

Sunday 10 November 2013

Ikhtiar Bersama SET KESUBURAN SHAKLEE

Setiap pasangan yang berkahwin,cahayamata adalah kurniaan yang Maha Esa yang paling bernilai.  Tahun pertama berkahwin, merupakan 'Honeymoon Year' bagi pasangan ini,dimana ketika itulah sessi perkenalan yang sebenar.  Tetapi masuk tahun kedua,sudah kedengaran suara disekeliling "Bila Lagi Nak Menimbang Cahaya Mata?". 

Pelbagai usaha telah dilakukan dengan mengurut, berjumpa pakar atau apa sahaja yang dicadangkan semuanya dituruti.  SHAKLEE merupakan syarikat yang komited dalam menghasilkan supplemen yang semulajadi, terbaik dan selamat digunakan, Keprihatinannya dalam membantu pasangan yang inginkan cahayamata. Set Kesuburan Shaklee, merupakan gabungan vitamin yang terbaik untuk mempermudahkan proses persenyawaan dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilan.

SET KESUBURAN WANITA

1. GLA (Gamma Linolenic Acid)

Merupakan supplemen wajib bagi pasangan yang inginkan cahayamata, ianya berfungsi untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita. Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu memperbaiki kedatangan haid yang tidak teratur dan mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex juga membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburanan dimana ianya memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.


2. Vita-Lea (Multivitamin) 

Multivitamin lengkap untuk keperluan badan, dimana ianya mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrient dalam badan berpunca dari pemakanan yang tidak seimbang. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrient yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, ini kerana ianya dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.


3. Vitamin C

Vitamin ini diperlukan oleh tubuh badan kerana ianya berkemampuan  dalam melegakan inflamasi, menentang jangkitan bakteria dan radikal bebas. Ia juga membantu proses sintesis hormon seks dan kesuburan


4. B-Complex

Mengandungi 8 komponen penting Vitamin B termasuk Biotin dan Asid Folik yang diperlukan untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. ianya membantu melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf,kemurungan dan insomnia. Untuk kesuburan ia mampu meredakan senggugut yang sering mengganggu wanita dalam usaha untuk hamil.


SET KESUBURAN LELAKI

1. Vitamin E 

Terkenal sebagai “vitamin seks”. ia mampu memulihkan kemampuan reproduktif lelaki dengan meningkatkan kiraan sperma mereka. ia juga mampu meningkatkan seksual dan tenaga dengan membekaljan oksigen yang lebih.  Dalam pada itu,tambahan SELENIUM dan Vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat serta pelindungan terutamanya motilitas sperma.


2. Zinc Complex

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting.  Pengambilan Zink jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks, impoten, meninggikan kiraan sperma dan memberikan keupayaan seks yang bertenaga.  Kekurangan Zink boleh mengakibatkan kematangan organ seks yang lambat, kepincangan pada testikal, kiraan sperma yang rendah serta kemerosotan fungsi seksual.  Dalam masa yang sama, ia juga melindungi kesihatan prostat.. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

*Seelok-eloknya supplemen ini perlu diamalkan kedua-dua suami isteri. Disamping kita inginkan cahayamata, supplemen ini juga berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh badan masing-masing.

Setelah pelbagai usaha telah dilakukan, mempelbagai langkah telah diambil.  Namun ianya ini haruslah disertakan dengan doa kepada Allah SWT, moga doa yang dititipkan kepadaNYA akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Berminat untuk keterangan lanjut,sila hubungi
012-910 5984 Pn Shasha
www.facebook.com/messages/ShashaVitahealth





No comments:

Post a Comment

 

Disclaimer

All statements in this blog have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Blogroll